Sunday, September 30, 2012

Kem Bestari Solat Thn 6:-Belajarlah Solat Nyerr !!!!


Solat adalah tanggungjawab penting bagi setiap insan dan merupakan perkara pertama yang akan dihisab. Soalan yang berlegar-legar, apakah betul solat kita, apakah diterima oleh Allah? Semoga Allah menerima solat kita semua, Insya Allah, Amiin. 
Berbalik kepada topik asal, melatih anak- anak untuk memulakan solat seawal 5 tahun bukanlah sesuatu yang mudah. Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam  menyarankan kita melakukan tarbiah solat kepada anak dengan cara yang berhikmah. Anak yang telah sampai umur 7 tahun jika mumayyiz (tahu membezakan antara perkara baik dan buruk), disuruh atas dasar sunnah mendirikan solat.Jika mereka telah berumur 10 tahun, wajiblah diperintahkan mereka mendirikan solat. Dibolehkan untuk  memukul (dengan niat mendidik)  jika mereka enggan mendirikannya.
Berdasarkan pengalaman sendiri, cara pemaksaan dilihat tidak efektif kerana tiadanya nilai ikhlas menerusi modus operandi ini. Mereka mungkin akan melakukannya, tetapi dengan rasa marah dan tidak sabar. Kekangan masa kadang-kadang melalaikan kita untuk memantau amali solat yang dilakukan oleh anak-anak. Apa yang menarik, ada di kalangan anak-anak yang terbiasa melihat ibu bapanya solat, secara tiba-tiba akan menuruti gerak solat seperti mengangkat takbiratul ihram, rukuk atau sujud.
solat adalah kewajipan yang mesti didahulukan, merentasi segala perkara. Justeru, pemahaman tentang semua elemen di dalam solat seperti rukunnya, bacaan, praktikal serta perkara berkaitan sah dan batalnya perlu diambil perhatian khusus. Kita biasa mendengar, solat tiang agama. Ya, ianya berdasarkan Hadith Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam yang berbunyi:
"Solat itu ialah tiang agama, maka barang siapa yang mendirikannya maka sungguh dia telah menegakkan agama, dan barang siapa yang meninggalkannya sungguh mereka telah meruntuhkan agama."
(Hadith Riwayat Bukhari daripada Umar Radiallahu 'Anhu).
Kepentingan Solat
Solat merupakan ibadat yang disyariatkan dalam Islam.
Allah berfirman dalam ayat 72, Surah Al-An'aam yang bermaksud: Dan (diperintahkan):
Hendaklah kamu mengerjakan sembahyang dan bertaqwa kepadaNya, dan Dia lah Tuhan yang kepadaNya kamu akan dihimpunkan (pada hari akhirat kelak). Ibadat solat merupakan amalan pertama yang akan dihisab di Akhirat nanti.
Analoginya, setelah menjalani peperiksaan penting, debaran menunggu keputusan pencapaian adalah satu saat yang mendebarkan. Begitu juga solat, apakah memenuhi skema yang diredhai Allah?Jadi, tidaklah pelik jikalau solat wajib dipupuk sejak kecil lagi, bukan ketika sudah mencapai usia akil baligh. Amat menyedihkan juga, jika kita lebih menitikberatkan pendidikan yang lebih bersifat duniawi. Sebagai ibubapa yang bijak, kita seharusnya tahu memastikan keseimbangan dunia dan akhirat buat anak-anak kita 
Kesan solat yang sempurna dapat dilihat daripada ketenangan jiwa, sifat zuhud dan sabar dalam kehidupan harian. Mungkin kadangkala kita dapati ada orang yang masih melakukan maksiat dan perkara buruk walaupun taat dalam ibadat solatnya. Dalam konteks ini, memahami konsep solat secara mendalam yang membawa kepada kekusyukan dan tawaduk merupakan elemen penting yang perlu diutamakan. Solat bukan sekadar rukuk dan sujud tetapi lebih dari itu.
<Sekadar Hiasan> huhu...

 Matching Pulakk Da....









Dengar2 Juger.....Jgn Lupa Solat Tauu!!!! >_<

No comments:

Post a Comment