Wednesday, January 23, 2013

Dimanakah Rasulullah Dalam Diri Kitaa???

Salam Maulidur Rasul 1434 / 2013

" WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH "



Firman Allah SWT yang bermaksud :


Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang) - Surah al-Ahzab, ayat 21



Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana masih lagi berpeluang untuk berada di dalam bulan Rabiul Awwal tahun 1434 Hijrah ini. Sekali lagi kita sama-sama berada dalam suasana menyambut Maulidur-Rasul yang merupakan satu rutin tahunan kepada umat Islam bukan sahaja di Malaysia bahkan di seluruh dunia.


Maulidur-rasul bukan hanya setakat meraikan kelahiran baginda Rasulullah SAW tetapi juga menjunjung tinggi syariat yang dibawa olehnya. Syariat ini perlu diletakkan di tempat yang tertinggi dalam pelbagai aspek kehidupan. Jika semangat ini dipupuk, insya-allah kita akan melihat suasana sambutan Maulidur-rasul yang benar-benar bermakna akan wujud di negara ini, Insya-Allah.

Persoalannya...dimanakah Rasulullah Dalam Diri Kitaa.. Jom kita muhasabah adakah kita menghidupkan sunnah rasul dalam diri kitaa...Dengan mengamalkan sunnahnya dari pelbagai aspekk...Kita dapat lihat Rasul dlm diri kita pd tasbih selawat pujian ke atas Rasulullah S.A.W..  atau pada akhlak diri kita, adakah akhlak kita seperti mana akhlak Rasulullah...Letakkan Rasulullah dalam hatii kita..


>>>>> JOM BERSELAWAT <<<<<<


❤•*´¨`*•.¸❤¸.•*´¨`*•❤•*´¨`*•.¸❤¸.•*´¨`*•❤



" Kita bukannya kene selawat kat Nabi SAW waktu bezday baginda SAW je , hari-hari biasa pun , kita kena selawat . Tapi masa bezday Nabi SAW ni , kita kene perbanyakkan selawat dari hari-hari biasa pasal hari ni hari special "


❤•*´¨`*•.¸❤¸.•*´¨`*•❤•*´¨`*•.¸❤¸.•*´¨`*•❤


♥ اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسلِّمْ ♥

Thursday, January 17, 2013

MaJis PenYeRaHan BaNtUaN AWaL PeRsEkOlAhAn "13"

Majlis Penyerahan Bantuan Khas Awal Persekolahan 170113


 Ucapan YB Ahmad Razif






 6IR






 Cikgu Najmi Menyampaikan Bantuan Persekolahan Kpd Ibubapa














Thursday, January 10, 2013

Fight Back To Skulll....

Sessii Persekolah 2013 dah bermula pada 01 Januari 2013....semperna plop my bestttdayy....tak bestday mane lahh....Harap2 sessi persekolahan tahun ini lebih baik drp thn lepas....Ape2..pon selamat Berskulll & selamat mencurah ilmu pada anak bangsaa...




Coretan First Day Skull...


Lawatan YB Ahmad Razif ke SKTJ












 Kak Ba Dgn Gaya Yg Tersendiri


Hujan dihari persekolahan, Anak2 Dlm Kelas, Ibubapa DiLuar Kelas... 




Last3x Picturee....

Are You Readyy...To Fight Back To Skull....^_^

Monday, December 31, 2012

New Year.....2013



Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi di atas nikmat kurniaaanya...Kita masih dapat bernafas dalam jiwa seorg hamba. Pejam celik dah masuk tahun baharu 2013. Masuk jer tahun baharu, umurku semakin bertambah...Alhamdulillah, Kalau bukan kerana kasih sayang-Nya, belum tentu kita boleh bernafas dan hidup sehingga hari ini..

Masuk tahun baharu jerr...ramailah yang pasang azam tahun baharu...tak banyak pon...satuu...Tp, adakah azam kita tahun lepas dah tertunaiii...Apa yer azam tahun lepas???Lupa sudahh...

Salah ke pasang azam??ada org kate...pasang azam jerr...kalau tak laksana tak jadi juaa..
Firman Allah bermaksud:-
"Kemudian setelah engkau berazam (untuk membuat sesuatu) maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah mencintai orang yang bertawakkal kepada-Nya"-Ali Imran:159
Jom Pasang Azam dan memohon doa supaya dipermudahkan urusan oleh -Nya...



Monday, December 24, 2012

Sunnah Rasulullah S.A.W Sebelum Tidur




Hari ni, ana nak kongsi sedikit amalan Rasulullah S.A.W sebelum baginda tidur.

1. Membaca doa :


"Dengan nama engkau ya Allah aku mati dan aku hidup."
                                                                                                   (Direkodkan oleh Bukhari)

 بِاسْمِكَ اللَّهُمَّ أَحْياَ وَأَمُوتُ
“Dengan nama Engkau ya Allah aku hidup dan mati”
( diriwayatkan oleh Bukhari) 

2. Merapatkan kedua tapak tangan dan meniupkan pada kedua-dua tapak tangan dan membaca :

قُلْ هُوَ الله أَحَدٌ
قل أعوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ
قل أعوذ برب النّاسِ

Kemudian sapu kedua-dua tapak tangan ke seluruh bahagian tubuh yang dapat dicapai, dimulakan dengan kepala muka, belakang dan dilakukan sedemikian sebanyak tiga kali.
(Mafhum daripada hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari)

3. Membaca ayat kursi :


(Mafhum daripada hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari)

4. Membaca : 


"Dengan nama Allah aku meletakkan lambungku dan dengan namamu aku mengangkatnya, jika engkau menghabiskan hayatku maka rahmatilah daku, jika engkau membiarkan umurku panjang maka peliharalah umurku dalam kebaikan sebagaimana engkau memelihara umur hamba-hambamu yg soleh."
(Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)
5. Membaca :


"Ya Allah, sesungguhnya engkau yang mencipta diriku dan engkaulah yang mematikannya, milik engkau waktu kematianku dan waktu hidupku, jika engkau menghidupkan aku maka peliharalah diriku, jika engkau mematikan aku maka ampunkanlah aku, ya Allah aku memohon daripadamu kesihatan tubuh badan."
                                                                                                               (Diriwayatkan oleh Muslim)

6. Membaca :


"Ya Allah peliharalah aku dari azabmu pada hari engkau membangkitkan hambamu."
                                                                                       (Direkodkan oleh Abu Daud dan Tirmizi)

Doa ini dibaca sebanyak 3 kali dan dibaca ketika meletakkan tangan kanan di bawah pipi.

7. Membaca :

 33 kali,33 kali dan 34 kali.

(Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)

8. Membaca :



"Segala puji bagi Allah yang memberi makan kepada kami dan memberi minum kepada kami dan mencukupkan kami serta memelihara kami, maka betapa engkau yang mencukupkan dan memelihara."
                                                                                                            (Direkodkan oleh Muslim)

9. Membaca :





"Ya Allah Tuhan yang mengetahui pekara ghaib dan yang nyata, yang mencipta langit dan bumi, Tuhan dan pemilik segala sesuatu, aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan engkau, aku berlindung denganmu dari kejahatan diriku serta dari kejahatan syaitan dan kuncu-kuncunya dan aku berlindung denganmu dari melakukan kejahatan ke atas diriku atau ke atas orang Islam yang lain."
                                                                                (Direkodkan oleh Abu Daud dan Tirmizi)


10. Membaca :


"Ya Allah aku menyerahkan diriku kepadamu, aku menyerahkan urusanku kepadamu, aku hadapkan mukaku kepadamu dan aku berlindung denganmu kerana takut dan mengharap kepadamu, tiada tempat berlindung dan tiada tempat untuk menyelamatkan diri melainkan engkau. Aku beriman dengan kitabmu yang engkau turunkan dan beriman kepada nabimu yang engkau telah utuskan."
                                                                                   (Direkodkan oleh Bukhari dan Muslim)

11. Membaca :


"Ya Allah Tuhan segala tujuh langit dan Tuhan 'arasy yang agung, Tuhan kami dan Tuhan segala sesuatu, yang memecah dan menumbuhkan biji benih, yang menurunkan kitab Taurat dan Injil serta Al-Quran, aku berlindung denganMu dari segala kejahatan, Engkau berkuasa menarik ubun-ubunku (berkuasa ke atas diriku). Ya Allah, Engkaulah yang pertama, tiada sesuatu pun sebelum Engkau, Engkaulah yang terakhir, tiada sesuatu pun sesudah Engkau, Engkaulah yang zahir, tiada sesuatu pun dia atas Engkau, Engkau yang tersembunyi tiada sesuatu pun di bawah Engkau, lepaskanlah segala hutang piutang kami dan kayakanlah kami dari sifat kefakiran."
                                                                                                               (Direkodkan oleh Muslim)

12. Membaca dua ayat terakhir surah al-Baqarah, bermula dari :


Sesiapa yang membacanya pada waktu malam nescaya cukup dan memadai baginya.
                                                                          (Direkodkan oleh Bukhari dan Muslim) 

Para ulama berselisih pendapat dalam menghuraikan maksud "cukup dan memadai baginya". Sebahagiannya mengatakan memadai baginya daripada mengerjakan qiamullail dan menghidupkan malam dengan ibadah. Ada yang mengatakan memadai baginya sebagai penghalang dan benteng dari segala kejahatan dan pekara-pekara buruk sewaktu tidur. Kedua-duanya diterima pakai.

13. Tidur dalam keadaan suci daripada hadas.

Sabda Rasulullah SAW.:
"Apabila kamu masuk ke tempat tidur hendaklah kamu berwudhu'. "

14. Tidur di atas rusuk atau lambung kanan. 

Sabda Rasulullah SAW.:
"Kemudian hendaklah kamu berbaring di atas rusuk kananmu."
                                                                               (Direkodkan oleh Bukhari dan Muslim)

15. Meletakkan tangan kanan di bawah pipi kanan. 

Ini berdasarkan hadis:
"Adalah baginda apabila tidur, baginda meletakkan tangan kanan baginda di bawah pipi."
                                                                                          (Direkodkan oleh Abu Daud)

16. Mengibas tilam sebelum tidur. 

Sabda Rasulullah SAW:
"Apabila seseorang kamu masuk ke tempat tidur hendalah ia mengibaskan tilamnya, kerana ia tidak mengetahui apa yang ada di atasnya."
                                                                                    (Direkodkan oleh Bukhari dan Muslim)

17. Membaca surah al-Kafirun.

Kelebihan membaca surah ini adalah terhindar dari sifat syirik.
                                                                           (Direkodkan oleh Abu Daud, Tirmizi dan Ahmad)


18. Ucapkanlah 2 Kalimah Syahadah sebagai kata-kata terakhir sebelum tidur.

Mungkin hari esok tiada lagi untuk kita. Syurga bagi sesiapa mengucapkan 2 Kalimah Syahadah sebagai ucapan terakhir.




Imam Nawawi berkata, sebaik-baiknya semua zikir ini hendaklah dibaca. Jika tidak mampu hendaklah dibaca apa yang termampu sahaja. Zikir-Zikir ini bukan sahaja dibaca sebelum tidur pada waktu malam tetapi juga untuk tidur pada waktu siang kerana hadith berkenan zikir-zikir ini tidak mengkhusukan tidur pada waktu malam sahaja.

Kelebihan mengamalkan zikir ini sebelum tidur :

1. Akan ditulis 100 pahala sedekah bagi setiap tasbih, tahmid, takbir dan tahlil yang diucap sebagaimana dinyatakan di dalam hadith terdahulu.

Imam Nawawi berkata :
Setiap zikir (Tasbih, tahmid, tahlil dan takbir) masing-masing memperoleh pahala apabila membacanya.

2. Ditanam 100 pokok baginya di dalam syurga sebagaimana disebutkan didalam hadith terdahulu.

3. Allah memeliharanya dari gangguan syaitan dan syaitan lari daripada pada malam tersebut dan sejahtera pembacanya dari segala bencana dan malapetaka.

4. Seseorang hamba mengakhirkan harinya dengan berzikir kepada Allah S.W.T, mentaatinya, bertawakal, memohon pertolongannya serta berdoa kepadanya.