Wednesday, January 23, 2013

Dimanakah Rasulullah Dalam Diri Kitaa???

Salam Maulidur Rasul 1434 / 2013

" WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH "



Firman Allah SWT yang bermaksud :


Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang) - Surah al-Ahzab, ayat 21



Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana masih lagi berpeluang untuk berada di dalam bulan Rabiul Awwal tahun 1434 Hijrah ini. Sekali lagi kita sama-sama berada dalam suasana menyambut Maulidur-Rasul yang merupakan satu rutin tahunan kepada umat Islam bukan sahaja di Malaysia bahkan di seluruh dunia.


Maulidur-rasul bukan hanya setakat meraikan kelahiran baginda Rasulullah SAW tetapi juga menjunjung tinggi syariat yang dibawa olehnya. Syariat ini perlu diletakkan di tempat yang tertinggi dalam pelbagai aspek kehidupan. Jika semangat ini dipupuk, insya-allah kita akan melihat suasana sambutan Maulidur-rasul yang benar-benar bermakna akan wujud di negara ini, Insya-Allah.

Persoalannya...dimanakah Rasulullah Dalam Diri Kitaa.. Jom kita muhasabah adakah kita menghidupkan sunnah rasul dalam diri kitaa...Dengan mengamalkan sunnahnya dari pelbagai aspekk...Kita dapat lihat Rasul dlm diri kita pd tasbih selawat pujian ke atas Rasulullah S.A.W..  atau pada akhlak diri kita, adakah akhlak kita seperti mana akhlak Rasulullah...Letakkan Rasulullah dalam hatii kita..


>>>>> JOM BERSELAWAT <<<<<<


❤•*´¨`*•.¸❤¸.•*´¨`*•❤•*´¨`*•.¸❤¸.•*´¨`*•❤



" Kita bukannya kene selawat kat Nabi SAW waktu bezday baginda SAW je , hari-hari biasa pun , kita kena selawat . Tapi masa bezday Nabi SAW ni , kita kene perbanyakkan selawat dari hari-hari biasa pasal hari ni hari special "


❤•*´¨`*•.¸❤¸.•*´¨`*•❤•*´¨`*•.¸❤¸.•*´¨`*•❤


♥ اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسلِّمْ ♥

1 comment:

  1. JOIN NOW !!!
    Dan Dapatkan Bonus yang menggiurkan dari dewalotto.club
    Dengan Modal 20.000 anda dapat bermain banyak Games 1 ID
    BURUAN DAFTAR!
    dewa-lotto.cc

    ReplyDelete