Wednesday, May 1, 2013

Di PaGi HaRi MeNGuNdi





Artikel ini telah ditulis oleh Imam Hasan al-Banna dan telah disiarkan dalam
 Majalah Ikhawan Muslimin, bil.3, tahun ke 4, 7 Safar 1355 Hijriah bersamaan 
28 April 1936 Masihi. Walaupun telah berlalu lebih daripada 76 tahun, kandungannya masih releven hingga ke hari ini, seolah-olah ia ditujukan kepada kita di sini. 
Mohon semua yang membaca menyebarkannya seluas mungkin agar ia sampai 
kepada semua yang akan mengundi dan menjadi calon dalam PRU 13 nanti, 
insya Allah.

Undi adalah hak tanah air

Kepada Ikhwan Muslimin di serata daerah sempena hari mengundi dalam 
pilharaya umum,
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Undi dalam pilihanraya adalah hak tanahair. Maka tidak wajar dan tidak harus 
bagi sesiapa yang mampu, mengundurkan diri dari menyatakan suaranya dalam 
masalah ini. Pilihanraya merupaka satu daripada isu paling penting, kewajipan 
warga negara yang paling utama terhadap tanahairnya. Maka hendaklah kamu memandang serius dalam menunaikan tanggungjawab ini. Jangan abaikan suara 
kamu dan jangan sia-siakannya.

Kamu wajib mengetahui dengan yakin bahawa menyatakan suara dengan 
mengundi adalah satu persaksian yang setiap manusia akan disoal nanti 
mengenainya. Maka dengarlah suara hati kecil kamu dan bertanyalah kepada akal 
kamu. Jadilah kamu orang yang bebas dan merdeka dalam menolong kebenaran,
 berani dalam memilih calon yang paling layak dan paling baik. Hendaklah kamu meletakkan syarat kepada wakil yang kamu pilih supaya mereka menjadikan 
manhaj mereka ialah menegakkan Negara berlandaskan manhaj Islam yang 
mendukung isu-isu Islam, berusaha untuk mencorakkan umat dengan ajaran
 Islam serta Syariatnya. Jangan kamu ditewaskan oleh perasaan ingin menjaga
 hati dan memelihara hubungan. Sesungguhanya kepentingan tanahair mengatasi 
segala bentuk perkiraan lain. Perhatikan firman Allah yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang 
sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum 
kerabat kamu. Kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka janganlah 
kamu terhalang daripada menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa), kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya. 
Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng
 dari keadilan. Dan jika kamu memutar-balikkan keterangan ataupun enggan 
(daripada menjadi saksi), maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.” (An-Nisaa’:135)

Wahai Ikhwan,

Sesungguhnya pertempuran paling utama adalah pertempuran dalam pilihanraya
 bagi memilih wakil yang bakal menduduki dewan rakyat yang merupakan kuasa perundangan tertinggi dalam Negara. Antara kewajipan ahlinya ialah memiliki keperibadian paling bersih, menjadi contoh paling unggul, jauh dari sifat suka 
mengata, mengutuk dan mencela. Tidak menjatuhkan maruah manusia, tidak mencerobohi perkara yang diharamkan, tidak mengumpat, memfitnah, 
menaburkan berita palsu, berbohong dan bermuka-muka. 
Namun, harus bagi seseorang mengemukakan manhajnya jika dia menjadi 
calon atau manhaj calon yang disokongnya jika dia bukan calon. Dia boleh 
bercakap mengenai kebaikan dan keistimewaan manhajnya dan mengemukakan 
hujah-hujah dan dalil-dalil yang membuktikan kebaikan manhaj yang dibawanya. 
Tetapi tidak harus sama sekali dia mengumpat lawannya, mengutuk, mencela, mengaibkan, dan melemparkan tuduhan walaupun dengan perkara yang betul 
atau tidak betul. Semua itu bukan daripada ajaran agama, bukan daripada perkara 
yang dipandang mulia dan bukan daripada sifat kemanusiaan. Kalau mereka 
berkata itu perkara biasa di dalam politik, namun Islam tidak membenarkannya
 dan tidak mengharuskannya selama-lamanya. Firman Allah bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus 
puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula 
sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan 
puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik
 daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya 
yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang 
lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan
 orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama
 fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.”
 (Al-Hujurat:11)

Wahai Ikhwan,

Pilihanraya akan berakhir. Yang tinggal adalah perkara-perkara yang mengguris 
hati atau yang menyenangkannya. Maka andainya kebaikan kekal di kalangan kamu, 
itulah yang terbaik. Jangan kamu lupa berbaik-baik sesama kamu pada waktu yang
 kita sangat berhajat kepada kesatuan dan bantu membantu.

Itulah perkara yang aku ingin menarik perhatian kamu dengan harapan kamu 
akan mengamalkannya, kamu sebarkan di kalangan saudara-saudara kamu 
dan kamu kempen sesiapan yang kamu mampu daripada kalangan kenalan 
kamu dan warga tanahair kamu.

Wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Ccc...


Semoga Apa Yang Kita Pilih Hari Ini Mempunyai hujah yang kukuh untuk kita  membentangkan kepada Allah S.W.T kerana ia akan menjadi satu persaksian yang setiap manusia akan disoal nanti mengenainya nanti..Moga Hujah kita pada  hari perhintungan itu yang mana tiada satu pun kuasa yang berkuasa pd hari tersebut melainkan Allah, dan pada hari itu, kita mempunyai hujah kukuh apabila disoal nanti yg mana  kita memilih  parti yang memperjuangkan Islam dan yg ingin menegakkan syariatmu  dan melaksanakan apa yg Engkau suruh dan menegah apa yang Engkau larang dan jangan lah kita memberi alasan bahawa kita memilih sesebuah parti kerana iingin menjaga  hati dan memelihara hubungan @ kerana harta benda @ inilah parti perjuangan nenek moyang kita pd zmn dahulu..Hendaklah kita memilih sesebuah parti kerana Allah S.W.T bkn kerana manusia. 
<<< RENUNG2KAN DAN SELAMAT BERAMAL >>>
PILIHAN DITANGAN KITA....^_^

No comments:

Post a Comment