Wednesday, November 14, 2012

SaLaM MaaL HiJRaH 1434 H..



Bismillahirrohmanirrohim.

Salam menyambut Maal Hijrah tahun baru Masihi (1434) pada Khamis 15 November 2012, dan 1433 hijrah akan pergi meninggalkan kita. InsyaAllah.

Alhamdulillah kerana kita masih diberi peluang untuk bernafas dan menikmati nikmat-nikmat dari MahaPencipta Sekalian Alam. Apakah azam kita pada tahun baru ini?? Mungkin ada antara kita yang terlupa dengan tahun baru hijrah kerana terleka dengan kehidupan yang sementara ini. Apapun marilah kita sama-sama ingat-mengingati dalam perkara kebaikan.

“Demi MASA. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali yang beriman dan yang beramal soleh. Yang berpesan-pesan dengan KEBENARAN. Yang berpesan-pesan dengan KESABARAN”. [Surah Al-Asr: 1-3]
  
MUHARAM adalah bulan pertama dalam Sistem Kalendar Islam (Hijriah). Pada asasnya, Muharam membawa maksud ‘diharamkan’ atau ‘dipantang’, iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91).

Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan. Rasulullah s.a.w telah menamakan bulan Muharam sebagai bulan Allah (shahrullahi).
Sandaran yang dilakukan oleh Baginda s.a.w kepada Allah s.w.t lantaran kemuliaan dan kelebihan bulan ini kerana sesungguhnya Allah s.w.t tidak merujukkan kepadaNya melainkan oleh golongan khowas (terkhas) di kalangan makhluk-makhlukNya.

Daripada Al-Hassan Al-Basri rahimahumullah sesungguhnya Allah s.w.t telah membuka lembaran tahun baru di dalam takwim Islam dengan bulan Muharam. Tidaklah kedapatan bulan yang lebih mulia dalam takwim Islam di sisi Allah s.w.t itu selepas bulan Ramadhan melainkan bulan Muharam. Ianya dinamakan bulan Allah yang khas disebabkan besarnya kehormatannya.

Peristiwa-peristiwa penting:
1 Muharam- Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan hijrah.
10 Muharam- Dinamakan juga hari ‘Asyura’. Pada hari itu banyak tejadinya peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang tabah bagi menegakkan keadilan dan kebenaran.

Sahabat yang dimuliakan, 
Jangan lupa untuk membaca kedua-dua doa akhir tahun (1433H) dan doa awal tahun (1434H) supaya kita dilindungi daripada tipu daya syaitan dan mendapat keampunan Allah SWT,Insya-Allah. 

Soalan pertama yang biasa diajukan ialah Doa Awal dan Akhir Tahun . Ustaz kata setiap doa yang dibaca tak semestinya tunggu "sempena itu...sempena ini". Maksudnya, kita boleh berdoa selepas solat fardhu, antara azan dan iqamat,semasa hujan dan waktu-waktu mustajab yang lain. Macam juga nak baca Yassin. Baca Yassin hari Jumaat boleh, baca Isnin boleh, hari Ahad pun boleh, kalau dah kita lapang hari Jumaat baru nak baca, maka bacalah dari tak baca langsung.

Tambahnya, berhijrahlah atas nama Allah dan Rasul. Bukan kerana sebab lain. Hijrahkanlah diri kita ke arah yang lebih baik. Kalau dulu, solat 2 minit...kali ni biarlah lama sikit. Takkan dari dulu asyik baca surah yang sama.Tahun 1431H, surah Al Falak, Al Ikhlas. Tiba 1432H. 1433H dan masuk 1434H pun surah yang sama jugak. Ibadat kita tak ada perubahan. Setiap tahun baru menjelang, kita berazam untuk merubah diri kita, ekonomi kita, hidup kita tapi kita langsung tak berubah dari segi ibadah dan ketaatan kepada Allah.


Nak berhijrah, tak payah tunggu tahun hijrah. Kalau dulu tak rajin solat di masjid, mulai saat ini rapat diri dan berjemaah di masjid.  Kalau dulu, berpakaian masih tak mengikut betul-betul yang disyariatkan, teruslah berubah. Kalau dah buat salah, jangan tunggu tahun hijrah baru nak taubat. Kalau buat salah, terus bertaubat. Jangan tunggu lagi. Ustaz juga menegur sikap kita yang "percaya" dengan ramalan pihak tertentu tentang akan berlaku sesuatu dalam tempoh sekian..sekian. Bayangkanlah kalau kita berhijrah, bertaubat kerana takutkan kejadian itu bukannya kerana Allah Taala. Dibimbangi aqidah kita rosak.

Sentiasa pegang dalam diri dan hati kita, bukan mudah untuk mencari yang berkah. Harus diteliti sentiasa setiap tindakan moga Allah SWT tidak menjadikan kita dalam golongan yang menentukan nasibnya sendiri. Sesungguhnya kita tidak mampu untuk berjalan di bumi tanpa taufiq dan hidayah dariNya. Bersabarlah dalam mencari barokah. Kerana redha Allah itu tersangat indah. Ingatlah! setiap saat di dunia ini akan dipersoalkan oleh Allah SWT di akhirat kelak. Wallahua'lam..

Sahabat yang dimuliakan, 
Jangan lupa untuk membaca kedua-dua doa akhir tahun (1433H) dan doa awal tahun (1434H) supaya kita dilindungi daripada tipu daya syaitan dan mendapat keampunan Allah SWT,Insya-Allah. 

Doa Akhir tahun, pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada hari terakhir bulan Zulhijah.

Doa awal tahun, pada selepas waktu Maghrib pada malam 1 Muharam



Ps: Dalam kesempatan ini, Semut ucapkan Selamat Tahun Baru Maal Hijrah kepada seluruh umat Islam di dunia ini.

Sama - sama lah kita bermuhasabah diri dan tingkatkan iman dimasa akan datang agar apa yang kita buat diredhai Allah S.W.T. Insya Allah.

credit to: bicaraneem, semuthitam80 & kelab-iqra

1 comment:

  1. JOIN NOW !!!
    Dan Dapatkan Bonus yang menggiurkan dari dewalotto.club
    Dengan Modal 20.000 anda dapat bermain banyak Games 1 ID
    BURUAN DAFTAR!
    dewa-lotto.cc

    ReplyDelete