Thursday, September 27, 2012

Saya Sayang Nabiii....



 Seorang sahabat bernama Tsauban amat menyayangi dan merindui Nabi Muhammad saw. Sehari tidak berjumpa Nabi, dia rasakan seperti setahun. Kalau boleh dia hendak bersama Nabi setiap masa. Jika tidak bertemu Rasulullah, dia amat berasa sedih, murung dan seringkali menangis. Rasulullah juga demikian terhadap Tsauban. Baginda mengetahui betapa hebatnya kasih sayang Tsauban terhadap dirinya.


Suatu hari dia datang dekat...dengan Nabi, Dia kata kt Nabi: " Ya Rasulullah, wahai Nabi, Kekasih Allah...Sy tau esokk..Bila nabi wafat sy mati..sy mesti tak jumpa dengan nabi dahh...Sebab..Nabi...Nabii..mesti duduk tempat yang baguss,,,Sy nie org biasa, kalau masuk syurga sekalipun, mesti duduk jauhh...sekali..Jd sy mesti tgk nabi dari jauh..jauh..
Jd sy nak bgtau kat nabi siap2 lah nie...sbb sy takut yg sy memang tau yg sy x jumpa nabi..Jd sy nak gitau lalu lah nie kt Nabi...yg sy.." Sayang & Cinta kt Nabi" Sayang sangat2.."
Dia takut dia x jumpa nabi nanti dah nanti & tak berpeluang dah nk cakap kt nabi..so, dia siap2 gitau kt nabi..bahawa dia sayangkn nabii..

Mendengar kata Tsauban, baginda amat terharu. Namun baginda tidak dapat berbuat apa-apa kerana itu urusan Allah. Setelah peristiwa itu, turunlah wahyu kepada Rasulullah saw, bermaksud "Barangsiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka itu nanti akan bersama mereka yang diberi nikmat oleh Allah iaitu para nabi, syuhada, orang-orang soleh dan mereka yang sebaik-baik teman." Mendengarkan jaminan Allah ini, Tsauban menjadi gembira semula.

Apakah benda yg berada di rumah atau dlm fb atau dlm enset  kita hari ini...bila kita tengok...kita teringat kat nabiii...bila kita lihat jerr...ingat kita nk berselawat kt nabi..
Carilah benda @ letaklah benda apabila kita pandang..kita ingat nabii,,letak frame nama Allah & Nabi ke...gambo Kaabaah ker, gambo masjid nabawi kerr..Sesuatu yg dpt memperingati nabi..
Namun, dewasa ini anak2 muda mudi sekarang..mrk lebih gemar letak gambar2 artis kesayangan mrk dalam bilik2 dan dlm fb..mrk lebih suka dgr lagu2 K-pop drp mendengar alunan nasyid2 & zikir2..
حديث: المرء مع من أحب
Seseorang akan bersama dengan orang yang dia cinta.

Macam mana kita nk bersama dgn nabi diakhirat...kalau didunia ini kita lebih sayangkan @ puja artis2 berbanding dengan nabi sendiri...Namun kita masih tak malu utk minta syafaat drp Baginda di padang Masyar..
Macam mana nabi nk kenal kita kalau didunia pon tidak pernah berselawat kp baginda...Dibibir sahaja mengatakan Cinta, Namun Dihati Berdustaa...
Renung2 kanlah...wahai Umat Muhammad...Akhir hayat nabi pon, baginda masih mengingati kita...takkan kita niee yg umatnya sendiri tak menginggati nabii....

No comments:

Post a Comment