Sunday, September 30, 2012

Kem Bestari Solat Thn 6:-Belajarlah Solat Nyerr !!!!


Solat adalah tanggungjawab penting bagi setiap insan dan merupakan perkara pertama yang akan dihisab. Soalan yang berlegar-legar, apakah betul solat kita, apakah diterima oleh Allah? Semoga Allah menerima solat kita semua, Insya Allah, Amiin. 
Berbalik kepada topik asal, melatih anak- anak untuk memulakan solat seawal 5 tahun bukanlah sesuatu yang mudah. Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam  menyarankan kita melakukan tarbiah solat kepada anak dengan cara yang berhikmah. Anak yang telah sampai umur 7 tahun jika mumayyiz (tahu membezakan antara perkara baik dan buruk), disuruh atas dasar sunnah mendirikan solat.Jika mereka telah berumur 10 tahun, wajiblah diperintahkan mereka mendirikan solat. Dibolehkan untuk  memukul (dengan niat mendidik)  jika mereka enggan mendirikannya.
Berdasarkan pengalaman sendiri, cara pemaksaan dilihat tidak efektif kerana tiadanya nilai ikhlas menerusi modus operandi ini. Mereka mungkin akan melakukannya, tetapi dengan rasa marah dan tidak sabar. Kekangan masa kadang-kadang melalaikan kita untuk memantau amali solat yang dilakukan oleh anak-anak. Apa yang menarik, ada di kalangan anak-anak yang terbiasa melihat ibu bapanya solat, secara tiba-tiba akan menuruti gerak solat seperti mengangkat takbiratul ihram, rukuk atau sujud.
solat adalah kewajipan yang mesti didahulukan, merentasi segala perkara. Justeru, pemahaman tentang semua elemen di dalam solat seperti rukunnya, bacaan, praktikal serta perkara berkaitan sah dan batalnya perlu diambil perhatian khusus. Kita biasa mendengar, solat tiang agama. Ya, ianya berdasarkan Hadith Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam yang berbunyi:
"Solat itu ialah tiang agama, maka barang siapa yang mendirikannya maka sungguh dia telah menegakkan agama, dan barang siapa yang meninggalkannya sungguh mereka telah meruntuhkan agama."
(Hadith Riwayat Bukhari daripada Umar Radiallahu 'Anhu).
Kepentingan Solat
Solat merupakan ibadat yang disyariatkan dalam Islam.
Allah berfirman dalam ayat 72, Surah Al-An'aam yang bermaksud: Dan (diperintahkan):
Hendaklah kamu mengerjakan sembahyang dan bertaqwa kepadaNya, dan Dia lah Tuhan yang kepadaNya kamu akan dihimpunkan (pada hari akhirat kelak). Ibadat solat merupakan amalan pertama yang akan dihisab di Akhirat nanti.
Analoginya, setelah menjalani peperiksaan penting, debaran menunggu keputusan pencapaian adalah satu saat yang mendebarkan. Begitu juga solat, apakah memenuhi skema yang diredhai Allah?Jadi, tidaklah pelik jikalau solat wajib dipupuk sejak kecil lagi, bukan ketika sudah mencapai usia akil baligh. Amat menyedihkan juga, jika kita lebih menitikberatkan pendidikan yang lebih bersifat duniawi. Sebagai ibubapa yang bijak, kita seharusnya tahu memastikan keseimbangan dunia dan akhirat buat anak-anak kita 
Kesan solat yang sempurna dapat dilihat daripada ketenangan jiwa, sifat zuhud dan sabar dalam kehidupan harian. Mungkin kadangkala kita dapati ada orang yang masih melakukan maksiat dan perkara buruk walaupun taat dalam ibadat solatnya. Dalam konteks ini, memahami konsep solat secara mendalam yang membawa kepada kekusyukan dan tawaduk merupakan elemen penting yang perlu diutamakan. Solat bukan sekadar rukuk dan sujud tetapi lebih dari itu.
<Sekadar Hiasan> huhu...

 Matching Pulakk Da....









Dengar2 Juger.....Jgn Lupa Solat Tauu!!!! >_<

Thursday, September 27, 2012

Saya Sayang Nabiii....



 Seorang sahabat bernama Tsauban amat menyayangi dan merindui Nabi Muhammad saw. Sehari tidak berjumpa Nabi, dia rasakan seperti setahun. Kalau boleh dia hendak bersama Nabi setiap masa. Jika tidak bertemu Rasulullah, dia amat berasa sedih, murung dan seringkali menangis. Rasulullah juga demikian terhadap Tsauban. Baginda mengetahui betapa hebatnya kasih sayang Tsauban terhadap dirinya.


Suatu hari dia datang dekat...dengan Nabi, Dia kata kt Nabi: " Ya Rasulullah, wahai Nabi, Kekasih Allah...Sy tau esokk..Bila nabi wafat sy mati..sy mesti tak jumpa dengan nabi dahh...Sebab..Nabi...Nabii..mesti duduk tempat yang baguss,,,Sy nie org biasa, kalau masuk syurga sekalipun, mesti duduk jauhh...sekali..Jd sy mesti tgk nabi dari jauh..jauh..
Jd sy nak bgtau kat nabi siap2 lah nie...sbb sy takut yg sy memang tau yg sy x jumpa nabi..Jd sy nak gitau lalu lah nie kt Nabi...yg sy.." Sayang & Cinta kt Nabi" Sayang sangat2.."
Dia takut dia x jumpa nabi nanti dah nanti & tak berpeluang dah nk cakap kt nabi..so, dia siap2 gitau kt nabi..bahawa dia sayangkn nabii..

Mendengar kata Tsauban, baginda amat terharu. Namun baginda tidak dapat berbuat apa-apa kerana itu urusan Allah. Setelah peristiwa itu, turunlah wahyu kepada Rasulullah saw, bermaksud "Barangsiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka itu nanti akan bersama mereka yang diberi nikmat oleh Allah iaitu para nabi, syuhada, orang-orang soleh dan mereka yang sebaik-baik teman." Mendengarkan jaminan Allah ini, Tsauban menjadi gembira semula.

Apakah benda yg berada di rumah atau dlm fb atau dlm enset  kita hari ini...bila kita tengok...kita teringat kat nabiii...bila kita lihat jerr...ingat kita nk berselawat kt nabi..
Carilah benda @ letaklah benda apabila kita pandang..kita ingat nabii,,letak frame nama Allah & Nabi ke...gambo Kaabaah ker, gambo masjid nabawi kerr..Sesuatu yg dpt memperingati nabi..
Namun, dewasa ini anak2 muda mudi sekarang..mrk lebih gemar letak gambar2 artis kesayangan mrk dalam bilik2 dan dlm fb..mrk lebih suka dgr lagu2 K-pop drp mendengar alunan nasyid2 & zikir2..
حديث: المرء مع من أحب
Seseorang akan bersama dengan orang yang dia cinta.

Macam mana kita nk bersama dgn nabi diakhirat...kalau didunia ini kita lebih sayangkan @ puja artis2 berbanding dengan nabi sendiri...Namun kita masih tak malu utk minta syafaat drp Baginda di padang Masyar..
Macam mana nabi nk kenal kita kalau didunia pon tidak pernah berselawat kp baginda...Dibibir sahaja mengatakan Cinta, Namun Dihati Berdustaa...
Renung2 kanlah...wahai Umat Muhammad...Akhir hayat nabi pon, baginda masih mengingati kita...takkan kita niee yg umatnya sendiri tak menginggati nabii....

Ada Syurga dalam Hati..


" Didunia ini terdapat sebuah Syurga. Sesiapa yang tidak memasukinya, maka dia tidak akan memasuki Syurga akhirat"

Itu lah ungkapan yg dirakamkan drp al_Hafiz Sheikh al_islam Ibn Taimiyah kpd anak muridnya. Apa yg dimaksudkan oleh Ibn Taimiyah dgn ungkapan tersebut. Ibnu Taimiyah menjelaskan bahawa, apa yg dimaksudkan dgn "Syurga Dunia", yakni sebuah taman kebahagian yang terdapat dalam hati. Menurut beliau, setiap drp kita boleh memiliki syurga tersebut dan tiada apa atau siapa pun yg boleh merebutnya drp kita kerana kebahagian bukan terletak pd jasad atau tubuh, tetapi tertanam dalam lubuk HATI..

Ibnu Taimiyah telah membuktikan bahawa kebahagian yetap boleh diraih meskipun dalam seburuk mana pun keadaan. Kejayaan tetap boleh diraih & dicapai jika kita benar2 berazam utk memperolehinyaa.

Ibnu Taimiyah tetap mendapat ketenangan meskipun beliau di fitnah, dicela dan menerima ancaman bertubi2, namun beliau tetap memperoleh syurga dunia..Tanda2 kegembiraan jelas kelihatan di wajahnya..

Jom sama2 mengejar Syurga Dunia & Syurga Akhirat...

Chef Cilik








Wednesday, September 26, 2012

Sahabat Selamanya....^_^

" Pertemuan Indah Perpisahan Pahit "

setiap pertemuan akan ada perpisahan..itulah kelaziman atau kitaran hidup wajib yang kita kena lalui
saat pertemuan indah mengukir banyak kenangan yang tidak akan mungkin kita lupakan
pertemuan mengubah sesuatu kehidupan menjadikan yang kelam berwarna warni
pertemuan juga boleh mengubah diri seseorang sama ada menjadi semakin baik atau sebaliknya
sedarkah kita setiap pertemuan itu adalah berlaku atas takdir olehNYA..

sepanjang melewati perjalanan hidup ini..sudah tentu kita telah banyak bertemu dgn ramai manusia
ada pertemuan yang indah memberi kenangan manis dan ada pertemuan yang pahit memberi kesan sepanjang kehidupan..
tapi setiap apa yang ALLAH takdirkan itu ada hikmahnya..usahlah kita buta menilai apa yang tersirat di sebalik pertemuan itu..

pertemuan itu akan lebih indah dan manis jika niatnya kerana ALLAH..bertemu kerana ALLAH berkasih sayang kerana ALLAH dan kemudian berpisah kerana ALLAH..






Berkelah Di Lagoonn K.Ibai

Masjid Terapung
Masjid Terapung





 Mukhdie Tak Mkn Ubi Kentang coz nk bwk balik ke Mak..Good Boyy






 Pasangan Ideal..huhu 



 Misi mencari ikan..ade2 ajee












 Yumni malu plop..hmmm