Monday, December 31, 2012
New Year.....2013
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi di atas nikmat kurniaaanya...Kita masih dapat bernafas dalam jiwa seorg hamba. Pejam celik dah masuk tahun baharu 2013. Masuk jer tahun baharu, umurku semakin bertambah...Alhamdulillah, Kalau bukan kerana kasih sayang-Nya, belum tentu kita boleh bernafas dan hidup sehingga hari ini..
Masuk tahun baharu jerr...ramailah yang pasang azam tahun baharu...tak banyak pon...satuu...Tp, adakah azam kita tahun lepas dah tertunaiii...Apa yer azam tahun lepas???Lupa sudahh...
Salah ke pasang azam??ada org kate...pasang azam jerr...kalau tak laksana tak jadi juaa..
Firman Allah bermaksud:-
"Kemudian setelah engkau berazam (untuk membuat sesuatu) maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah mencintai orang yang bertawakkal kepada-Nya"-Ali Imran:159
Jom Pasang Azam dan memohon doa supaya dipermudahkan urusan oleh -Nya...
Monday, December 24, 2012
Sunnah Rasulullah S.A.W Sebelum Tidur
Kemudian sapu kedua-dua tapak tangan ke seluruh bahagian tubuh yang dapat dicapai, dimulakan dengan kepala muka, belakang dan dilakukan sedemikian sebanyak tiga kali.
(Mafhum daripada hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari)
3. Membaca ayat kursi :
(Mafhum daripada hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari)
4. Membaca :
"Dengan nama Allah aku meletakkan lambungku dan dengan namamu aku mengangkatnya, jika engkau menghabiskan hayatku maka rahmatilah daku, jika engkau membiarkan umurku panjang maka peliharalah umurku dalam kebaikan sebagaimana engkau memelihara umur hamba-hambamu yg soleh."
(Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)
5. Membaca :
"Ya Allah, sesungguhnya engkau yang mencipta diriku dan engkaulah yang mematikannya, milik engkau waktu kematianku dan waktu hidupku, jika engkau menghidupkan aku maka peliharalah diriku, jika engkau mematikan aku maka ampunkanlah aku, ya Allah aku memohon daripadamu kesihatan tubuh badan."
(Diriwayatkan oleh Muslim)
6. Membaca :
"Ya Allah peliharalah aku dari azabmu pada hari engkau membangkitkan hambamu."
(Direkodkan oleh Abu Daud dan Tirmizi)
Doa ini dibaca sebanyak 3 kali dan dibaca ketika meletakkan tangan kanan di bawah pipi.
7. Membaca :
(Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)
8. Membaca :
"Segala puji bagi Allah yang memberi makan kepada kami dan memberi minum kepada kami dan mencukupkan kami serta memelihara kami, maka betapa engkau yang mencukupkan dan memelihara."
(Direkodkan oleh Muslim)
9. Membaca :
"Ya Allah Tuhan yang mengetahui pekara ghaib dan yang nyata, yang mencipta langit dan bumi, Tuhan dan pemilik segala sesuatu, aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan engkau, aku berlindung denganmu dari kejahatan diriku serta dari kejahatan syaitan dan kuncu-kuncunya dan aku berlindung denganmu dari melakukan kejahatan ke atas diriku atau ke atas orang Islam yang lain."
(Direkodkan oleh Abu Daud dan Tirmizi)
10. Membaca :
"Ya Allah aku menyerahkan diriku kepadamu, aku menyerahkan urusanku kepadamu, aku hadapkan mukaku kepadamu dan aku berlindung denganmu kerana takut dan mengharap kepadamu, tiada tempat berlindung dan tiada tempat untuk menyelamatkan diri melainkan engkau. Aku beriman dengan kitabmu yang engkau turunkan dan beriman kepada nabimu yang engkau telah utuskan."
(Direkodkan oleh Bukhari dan Muslim)
11. Membaca :
"Ya Allah Tuhan segala tujuh langit dan Tuhan 'arasy yang agung, Tuhan kami dan Tuhan segala sesuatu, yang memecah dan menumbuhkan biji benih, yang menurunkan kitab Taurat dan Injil serta Al-Quran, aku berlindung denganMu dari segala kejahatan, Engkau berkuasa menarik ubun-ubunku (berkuasa ke atas diriku). Ya Allah, Engkaulah yang pertama, tiada sesuatu pun sebelum Engkau, Engkaulah yang terakhir, tiada sesuatu pun sesudah Engkau, Engkaulah yang zahir, tiada sesuatu pun dia atas Engkau, Engkau yang tersembunyi tiada sesuatu pun di bawah Engkau, lepaskanlah segala hutang piutang kami dan kayakanlah kami dari sifat kefakiran."
(Direkodkan oleh Muslim)
12. Membaca dua ayat terakhir surah al-Baqarah, bermula dari :
Sesiapa yang membacanya pada waktu malam nescaya cukup dan memadai baginya.
(Direkodkan oleh Bukhari dan Muslim)
Para ulama berselisih pendapat dalam menghuraikan maksud "cukup dan memadai baginya". Sebahagiannya mengatakan memadai baginya daripada mengerjakan qiamullail dan menghidupkan malam dengan ibadah. Ada yang mengatakan memadai baginya sebagai penghalang dan benteng dari segala kejahatan dan pekara-pekara buruk sewaktu tidur. Kedua-duanya diterima pakai.
13. Tidur dalam keadaan suci daripada hadas.
Sabda Rasulullah SAW.:
"Apabila kamu masuk ke tempat tidur hendaklah kamu berwudhu'. "
14. Tidur di atas rusuk atau lambung kanan.
Sabda Rasulullah SAW.:
"Kemudian hendaklah kamu berbaring di atas rusuk kananmu."
(Direkodkan oleh Bukhari dan Muslim)
15. Meletakkan tangan kanan di bawah pipi kanan.
Ini berdasarkan hadis:
"Adalah baginda apabila tidur, baginda meletakkan tangan kanan baginda di bawah pipi."
(Direkodkan oleh Abu Daud)
16. Mengibas tilam sebelum tidur.
Sabda Rasulullah SAW:
"Apabila seseorang kamu masuk ke tempat tidur hendalah ia mengibaskan tilamnya, kerana ia tidak mengetahui apa yang ada di atasnya."
(Direkodkan oleh Bukhari dan Muslim)
17. Membaca surah al-Kafirun.
Kelebihan membaca surah ini adalah terhindar dari sifat syirik.
(Direkodkan oleh Abu Daud, Tirmizi dan Ahmad)
18. Ucapkanlah 2 Kalimah Syahadah sebagai kata-kata terakhir sebelum tidur.
Mungkin hari esok tiada lagi untuk kita. Syurga bagi sesiapa mengucapkan 2 Kalimah Syahadah sebagai ucapan terakhir.
Imam Nawawi berkata, sebaik-baiknya semua zikir ini hendaklah dibaca. Jika tidak mampu hendaklah dibaca apa yang termampu sahaja. Zikir-Zikir ini bukan sahaja dibaca sebelum tidur pada waktu malam tetapi juga untuk tidur pada waktu siang kerana hadith berkenan zikir-zikir ini tidak mengkhusukan tidur pada waktu malam sahaja.
Kelebihan mengamalkan zikir ini sebelum tidur :
1. Akan ditulis 100 pahala sedekah bagi setiap tasbih, tahmid, takbir dan tahlil yang diucap sebagaimana dinyatakan di dalam hadith terdahulu.
Imam Nawawi berkata :
Setiap zikir (Tasbih, tahmid, tahlil dan takbir) masing-masing memperoleh pahala apabila membacanya.
2. Ditanam 100 pokok baginya di dalam syurga sebagaimana disebutkan didalam hadith terdahulu.
3. Allah memeliharanya dari gangguan syaitan dan syaitan lari daripada pada malam tersebut dan sejahtera pembacanya dari segala bencana dan malapetaka.
4. Seseorang hamba mengakhirkan harinya dengan berzikir kepada Allah S.W.T, mentaatinya, bertawakal, memohon pertolongannya serta berdoa kepadanya.
credit to : http://wyna95nubies.blogspot.com/
Thursday, December 20, 2012
Ledakan Facebook: Antara Dosa & Pahala
Mungkin kita pernah terbaca dengan beberapa ungkapan yang tidak sepatutnya. Sebagai
contoh, cuba lihat di wall facebook kita atau sahabat-sahabat yang lain.
" Hari ini saya keluar dating dengan bf saya"
"Seronoknya keluar ngan **** semalam kat mall, thanx!!!"
"Awak ni gatal la sayang ;-)"
"baby, bila lagi nak 'study' sama-sama?"
"awak cantik pakai baju itu, cun"
Dan pelbagai lagi contoh-contoh komen, yang tak sepatutnya. Kemudian, agak menyedihkan, apabila kita muat naik gambar, tanpa kita sedari, mendedahkan aurat kita sendiri, dan
bergambar dengan pasangan bukan muhrim secara berpegangan tangan atau berpelukan.
Mungkin, kita tidak mempunyai apa-apa niat, malah rasa bersahaja apabila menulis komen-
komen serta meletakkan gambar tersebut. Tapi sedarkah kita, kita telah membuka keaiban
diri kita sendiri, dengan menghebahkan perkara tersebut kepada pengetahuan umum?
Menurut buku "Sabil An-Najat Min Syu-um Al-Ma'shiyat" atau "15 Kaedah Selamat Dari
Maksiat", penulisan Muhammad bin Abdullah Al-Duwais, beliau ada menyatakan jangan
hebah apabila berbuat maksiat. Terdapat beberapa nas agama yang boleh dikongsikan.
Bersumberkan dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu, ia berkata:
" Aku pernah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda: "Semua umatku diampuni
kecuali orang-orang yang melakukan perbuatan maksiat secara terang-terangan.
Salah satu contoh perbuatan maksiat ialah, seseorang melakukan suatu perbuatan
pada malam hari, padahal Allah menutupinya, namun kemudian pada pagi harinya
ia bercerita kepada orang lain: 'Hai polan, semalam aku melakukan ini dan itu." Sebenarnya ia tidur malam dengan ditutupi aibnya oleh Tuhannya, tetapi pagi
harinya ia menyingkap sendiri tabir Allah itu darinya."
(riwayat Al-Bukhari(6069) dan Muslim(6990)
Malangnya bagi kita, apabila kita gagal mengawal hawa nafsu kita daripada melakukan
maksiat. Nafsu tersebut dikenali sebagai Nafsu Ammarah. Nafsu jenis ini sering menjurus melakukan maksiat dan kejahatan, serta sering mengikut hawa nafsu dan tidak sesekali melawannya. Maksiat yang dilakukan terasa seronok dan lazat, malah berbangga
dengannya. (sumber majalah Solusi isu 25)
Adakah kita gembira apabila tergolong dalam golongan-golongan tersebut? Sudahlah
kita melakukan maksiat seperti berdua-duaan bukan muhrim, berpegangan tangan, dan
pelbagai lagi maksiat yang kita lakukan, nauzubillah. Kemudian, kita menghebahkannya
dalam laman web sosial, dan berbangga dengan perbuatan tersebut. Kita jadikan nafsu
sebagai tuhan. MashaAllah.
"Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad) terhadap orang
yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipatuhinya, dan ia pula disesatkan
oleh Allah kerana diketahuiNya (bahawa ia tetap kufur ingkar), dan dimeteraikan
pula atas pendengarannya dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk
kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu (wahai orang-orang yang ingkar) tidak ingat dan insaf?."
(Surah al-Jatsiyah ayat 23)
Kita sering tertipu dengan godaan hawa nafsu. Sudahlah kita melakukan kemungkaran,
malah menghebahkannya kepada umum. Di mana tempat kita di sisi Allah? Timbulkan
persoalan dalam diri anda, jika anda melakukan sedemikian.
Justeru, sudah semestinya kita tidak mahu tergolong dalam golongan-golongan yang
dimurkai Allah, bukan? Jadi, janganlah kita melakukan kemungkaran, seterusnya tiada
apa yang perlu dihebahkan kepada umum, tentang perkara terkutuk tersebut, kan?
Kawal hawa nafsu kita, jangan biar hawa nafsu mengawal kita.
Seorang mukmin yang mengaku berasa takut kepada Allah dan menganggapNya sebagai
Tuhan Yang maha Agung, apabila suatu waktu terjerumus dalam suatu perbuatan maksiat
dan melanggar apa yang tidak boleh dilakukan, seharusnya ia benci maksiat tersebut dan
seboleh mungkin berusaha agar jangan sampai diketahui oleh sesiapa pun. Malah, jangan menceritakan kepada orang lain sehingga diketahui umum. Berehati-hatilah dengan setiap tindakan yang kita lakukan, terutamanya dalam laman web sosial, kerana kita mungkin
membuka aib sendiri, tanpa kita sedar.
Tetapi, ingat sahabat-sahabatku! Ini bukannya kebenaran atau platform untuk kita
melakukan maksiat! Maksiat tetap harus dijauhi, supaya tidak menimbulkan kemurkaan
Allah. Bertaubat sebelum terlambat!
Saya mencadangkan buku ini untuk bacaan anda bagi memahami lebih mendalam isu yang diperbincangkan ini..
credit: empayar-ilmu.blogspot
Sunday, December 9, 2012
Panahan Artis Korea KPOP
K-Pop. Bila dengar perkataan ni mesti kita akan terbayang group-group atau band-band korea yang tengah menyanyi-nyanyi dan menari-nari di atas pentas. Sama ada lelaki atau pun perempuan. Solo mahupun berkumpulan.
Boleh dikatakan sekarang ni fenomena K-Pop memang sedang menjadi-jadi di negara kita. Buktinya, ramai kawan di sekeliling saya yang minat K-Pop. Bukan setakat lagu-lagu yang menjadi pujaan. Tetapi perkembangan semasa artis-artis ni jugak diketahui. Sampai sanggup membaca berita pasal artis-artis ni secara online tiap-tiap hari. Bagi yang agak fanatik, banyak lah post-post pasal artis kesayangan mereka dihebahkan di facebook.
Bahkan ada artis-artis di Malaysia yang cuba meniru artis-artis K-Pop ni dari segi penampilan, lagu, tarian dan macam-macam lagi la. Sedih jugak bila tengok keadaan macam ni. Tak perlu lah nak ikut artis-artis korea ni. Lebih-lebih lagi yang perempuan.
Kita sedia maklum macam mana cara penampilan mereka kan. Memang tak menutup aurat. Tak cukup kain. Seksi sangat. Kalau difikir secara logik. Mereka bukannya orang Islam dan mereka tiada batas-batas aurat tertentu yang perlu dijaga dan menyebabkan mereka memakai pakaian sebegitu. Tapi, di Malaysia yang ikut trend mereka ni orang Melayu dan majoritinya ISLAM. Dan kita ada batas-batas aurat yang perlu dijaga.
Tak dinafikan fesyen-fesyen dari Korea memang sangat cantik. Kadang-kadang rambang mata juga dibuatnya. Pernah juga saya terasa seperti mahu membeli pakaian dengan style korea ini secara online.Tapi bila mengingatkan balik, baju-baju ni memang tak boleh dipakai kat luar. Seksi. So, tak jadi. Memang cantik. Tapi cantik pada pandangan manusia belum tentu cantik pada pandangan Allah. Fikirkan, mana satu yang kita nak? Cantik pada pandangan mata manusia atau cantik pada pandangan Allah? Mesti la kita nak cantik pada pandangan Allah kan?
Jadi, tutup lah aurat dengan sempurna, baru Allah suka :)
Dan satu lagi yang menjadi kegilaan ramai ialah drama Korea. Kadang-kadang sanggup tak tidur malam sebab nak menghabiskan satu-satu drama ni. Maklum lah satu drama sekurang-kurangnya ada 16 episod. Dan bila dah mula nak tengok, memang akan addictive. Nak tengok lagi. Nak tengok lagi. Haa, mesti pelik macam mana saya tahu kan?
Actually, satu masa dulu saya boleh dikatakan Korean drama 'addict'. Memang sangat-sangat suka tengok drama-drama Korea ni. Jalan cerita memang menarik dan romantik. Dan pelakon-pelakon Korea kacak-kacak dan cantik-cantik. Lagi la rasa tertarik nak menonton. Alang-alang tengok tu, boleh la cuci mata sekali kan. Opps!
Tapi kan, Allah ada berfirman dalam Al-Quran:
Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat". Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya."
(An-Nur, 24: 30-31)
(An-Nur, 24: 30-31)
Most of us ingat kita kena jaga pandangan bila berhadapan secara direct je dengan lelaki/wanita bukan mahram ni. Tapi kita silap sebenarnya. Bila kita tengok drama atau filem, kita pun wajib jaga pandangan kita. Dan dalam ayat Quran kat atas, Allah tujukan kepada orang-orang yang beriman. Saya nak jadi orang yang beriman. Bukan mudah nak jadi orang yang beriman ni. Salah satu caranya buat apa yang Allah suruh. Allah suruh jaga pandangan. Jadi kenalah jaga kan?
Dan satu lagi, bila terlalu banyak menonton drama ni sebenarnya kita sudah banyak membazirkan masa kita. Kadang-kadang jadi hanyut dengan cerita cinta drama korea ni. Sebab jiwang sangat. Satu kerja pun tak jadi. Mula lah terbayang-bayang. "Best nya kalau dapat boyfriend or girlfriend (p/s: no COUPLE in Islam) macam hero/heroin cerita ni." Duduk mengelamun dan berangan-angan sahaja pun dah berjam-jam. Mungkin kita tak sedar, apa yang kita buat ni termasuk dalam perkara yang sia-sia. Kenapa saya kata sia-sia? Sebab benda ni tak bagi manfaat pun pada kita. Bagi kita jadi lagho ada lah.
Tahu tak, Allah ada berfirman dalam Al-Quran dalam Surah Al-Mu'minun ayat 1-11 bahawa antara ciri-ciri orang yang akan mewarisi Syurga Firdaus ialah orang yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia.
Haa, Allah pun dah cakap kan. Kalau kita tinggalkan perkara yang sia-sia ni, Insya Allah kita akan dapat masuk Syurga Firdaus. Whoah! Siapa yang tak nak masuk syurga? Mesti semua orang nak kan. Jadi, kita kenalah tinggalkan perkara yang sia-sia ni.
I know its hard to stop abruptly. Sebab saya pun masih tak mampu nak stop sepenuhnya. Lagu-lagu korea and drama-drama korea ni memang best. Tapi, kalau dah jahiliyah tu, memang kita kena tinggalkan. Kurangkanlah perlahan-lahan. Tapi, kalau dapat stop terus tu memang tersangatlah bagus.
Akhir kata, Selamat Bermujahadah. You and Me. Mari-mari bermujahadah! :)
Thursday, November 29, 2012
Pengalaman Lalu Mengajar Aku....
Assalamualaikum, Sufii....Sudah lama kita tak bersua muka dek kesibukan diriku ini yang memanjang...Kesibukanku ini bukanlah seperti sibuknya seorang Perdana Menteri mentadbir negara...Sibuknya sahabat nabi, namun sempat mengkhatamkan Al-Quran beberapa kali dalam semalaman...Gunakanlah kesempatan ruang masa yang kita miliki sekarang sblm datangnya masa kesempitan...Sebagaimana, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : " Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Pertama : masa sihat sebelum sakit. Kedua : masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Ketiga : masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Keempat masa mudamu sebelum datang masa tua dan kelima masa hidup sebelum tiba masa mati." (riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi).
Pada 19/11/12...Aku kembali masuk goat..Bab kata Kak Anna...,..Masuk dalam Goat tak aper,,asalkan tak jadi sebahagian drp Goat tuuu...huhuhu...Kini, diriku kembali diajar balik setelahku mengajar....Putaran roda kehidupan seorang hamba tak pernah terpisah daripada menjadi belajar @ mengajar...Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut) dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa.” (Riwayat al-Bazzar).
Sebelum mendaftarkn diri, sempat juga hamba ini pergi sebentar ke sekolah walaupon kesuntukan masa, tp dek kerana result UPSR bakal diumumkan..Ku hidupkan enjin Lagenda ini untuk bersama2 mendegar keputusaan UPSRyg bakal diumumkan...pelbagai ragam yang diriku lihat sufiii...ada pelajar yg nervous pabila kptsn yg bakal diumumkan,ada jgk pelajar yg happy go lucky jerr,....ada jugak yg Ibu bapa yg terlebih nervous drp anak.....huhu...Guru2 dlm pejabat riuh rendah dgr khabar2 angin yg kurang memberangsankan apabila kedengaran yg result thn ini jatuh teruk...hampir seluruh negerii...Dalam kesibukan itu,,,hamba sempat htrkn satu msg ke Mak Ngah kt skull..bertanyakan hal tersebut...walupon ku tak janggka msg itu dibalas...krn kesibukan dirinya pd harii ituuu...Setelah itu,,,hamba kembali msk goatt...
Hari2 seterusnya...kelas start seperti biasaaa....tp sem ini..Sufiiii...diri ini menjadi seorg yg KEJAM..........kerana sering melihat tangan ke jammm....Ini adalah krn ada satu subjet ituu...pensyarahnya sungguh tegas dgn waktuu...sem lepas abiss hamba ini dgn bbrp org rakann...dimarahi,,diceramahi krn lambat masuk kelass...Selalunyaa...diriku Sufii...biasanyaa msk kelas on time jerr...tp ari tuu..diri ini rase berat jerrr langkah untk kekelas...tunggu rakan lagiii, masa tuuu...Sampai jerr kelas...nahhkauu...huhu..tp pengalaman lalu mengajar aku supaya on timee...huhu..." Setiap anak Adam melakukan kesalahan, sebaik2 kesalahan org yg bertaubat"...Kini diriku berusaha...masuk kelas on timee...huhu..
5-10 jam....fuhhhh...itulahh masa hampir setiap hariii....rase nk termuntah pon ada bila seharian satu subjek jerrr....walaupon tersengguk2 paham dlm kelasss....hohoho...
Ari ini masa Pengurusan Sumber, masa presentation slide pengajaran...Terjadiinya satu lawak antarabangsaaa...apabila slide yg kita letakkan itu...kita masukkan dgn suara tersendiriii...Hampir semalaman...kedengaran suara3x sumbang yg merakam suara sendiri utk dijadikan BBM....tak kecuali dgn diri ini jugakk...hoho...walaupon suara katak itu lebih sedap...tp ituu suara katakkk...Ini suara original yg made in Org Malaysiaa punyerr...nak2 suara diri sendiriiii....ada satu slide tuu..ada gambar sebiji buahh...Kmdn pembtg klik nama buah tuuu...terkeluar lahh suara...." buooooooooooooooooooooh peeearr...."..suara yg dirakam itu jelas Kedengaran Keganuaannn...ituuu...tergelak seluruh kelasss....huhuhu.....
p/s: itu lah serba sedikit perkongsiann yg tak seberapaa Sufiii...
Pada 19/11/12...Aku kembali masuk goat..Bab kata Kak Anna...,..Masuk dalam Goat tak aper,,asalkan tak jadi sebahagian drp Goat tuuu...huhuhu...Kini, diriku kembali diajar balik setelahku mengajar....Putaran roda kehidupan seorang hamba tak pernah terpisah daripada menjadi belajar @ mengajar...Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut) dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa.” (Riwayat al-Bazzar).
Sebelum mendaftarkn diri, sempat juga hamba ini pergi sebentar ke sekolah walaupon kesuntukan masa, tp dek kerana result UPSR bakal diumumkan..Ku hidupkan enjin Lagenda ini untuk bersama2 mendegar keputusaan UPSRyg bakal diumumkan...pelbagai ragam yang diriku lihat sufiii...ada pelajar yg nervous pabila kptsn yg bakal diumumkan,ada jgk pelajar yg happy go lucky jerr,....ada jugak yg Ibu bapa yg terlebih nervous drp anak.....huhu...Guru2 dlm pejabat riuh rendah dgr khabar2 angin yg kurang memberangsankan apabila kedengaran yg result thn ini jatuh teruk...hampir seluruh negerii...Dalam kesibukan itu,,,hamba sempat htrkn satu msg ke Mak Ngah kt skull..bertanyakan hal tersebut...walupon ku tak janggka msg itu dibalas...krn kesibukan dirinya pd harii ituuu...Setelah itu,,,hamba kembali msk goatt...
Hari2 seterusnya...kelas start seperti biasaaa....tp sem ini..Sufiiii...diri ini menjadi seorg yg KEJAM..........kerana sering melihat tangan ke jammm....Ini adalah krn ada satu subjet ituu...pensyarahnya sungguh tegas dgn waktuu...sem lepas abiss hamba ini dgn bbrp org rakann...dimarahi,,diceramahi krn lambat masuk kelass...Selalunyaa...diriku Sufii...biasanyaa msk kelas on time jerr...tp ari tuu..diri ini rase berat jerrr langkah untk kekelas...tunggu rakan lagiii, masa tuuu...Sampai jerr kelas...nahhkauu...huhu..tp pengalaman lalu mengajar aku supaya on timee...huhu..." Setiap anak Adam melakukan kesalahan, sebaik2 kesalahan org yg bertaubat"...Kini diriku berusaha...masuk kelas on timee...huhu..
5-10 jam....fuhhhh...itulahh masa hampir setiap hariii....rase nk termuntah pon ada bila seharian satu subjek jerrr....walaupon tersengguk2 paham dlm kelasss....hohoho...
Ari ini masa Pengurusan Sumber, masa presentation slide pengajaran...Terjadiinya satu lawak antarabangsaaa...apabila slide yg kita letakkan itu...kita masukkan dgn suara tersendiriii...Hampir semalaman...kedengaran suara3x sumbang yg merakam suara sendiri utk dijadikan BBM....tak kecuali dgn diri ini jugakk...hoho...walaupon suara katak itu lebih sedap...tp ituu suara katakkk...Ini suara original yg made in Org Malaysiaa punyerr...nak2 suara diri sendiriiii....ada satu slide tuu..ada gambar sebiji buahh...Kmdn pembtg klik nama buah tuuu...terkeluar lahh suara...." buooooooooooooooooooooh peeearr...."..suara yg dirakam itu jelas Kedengaran Keganuaannn...ituuu...tergelak seluruh kelasss....huhuhu.....
p/s: itu lah serba sedikit perkongsiann yg tak seberapaa Sufiii...
Subscribe to:
Posts (Atom)