Monday, September 9, 2013

Secebis Kenangan

KENANGAN BERSAMA MEMAHAT MEMORI....
MENGAMIT RINDU DI HATI.......



Kini hanya tinggal satu kenangan...

Sufiii....terasa baru semalam aku menjejaki langkah gerbang pintu SKTJ... Kini kaki ini akan melangkah lagi..Bukan melangkah masuk..tapi melangkah pergii..meninggalkan memori yang terbina selama 1 1/2 ku di bumi Tok Jembal menjadi warga SKTJ... Suka...Dukaa...Riang...Ceriaaa...Sedihh...Gembira....selama aku disana..

14 Feb 2012....Satu coretan bermulaa...
Bimbang, risau...semua perasaan bercampur baur semasa aku melangkah kali pertama di sktj...Semua benda nampak asing bagikuu..Sekolah, Guru...itu dah aku tinggalkan sejak aku bersekolah dahulu..Kini aku melangkah masuk lagi..bukan menjadi seorg pelajar tp menjadi seorang guru.. Tak pantas dibenak fikiran ku utk menjadi seorg guru..Apakan daya, arus membawaku hingga ke sini..Pasrah, Redhaa... Hari pertama aku, sampai... sambutan hari Maulidur Rasul 2012 peringkat sek..Semua pelajar bersiap siaga dengan aktiviti dijalankan... Ku maih mencari arah tujuan.... 

Tiba2..aku disapa mesra oleh seorg guru perempuan yg mengukir senyuman mesra, memperkenalkan diri sbg Ustazah j-Qaf... Seyum ceriaa memancarkan sinarannya hingga ku dipancar dengan sinarannyaa...sehingga diriku selesa dengannya.. Ustazah Rohana aka Kak Long j-Qaf...hehehe...Byk membantuku dan membimbing aku semasa di sekolah... First time, belajoo cara mengajar ialah drp Kak Naa...Karisma pengajaran terserlah....dari situlah bermulanya aku mencedok ilmu pedagogi mengajarr...coz selama nie..tak ada pengalaman lgsung...  Kak Long niee....selalunya... x ada kt bilik j-qaf... Rasa sunyi sgt2 kalau kak na tak ada kat bilik jqaf... Nak sembang, nak tanye ape2 hal, nak mengaduu...Kalau dlm sehari kak na x masuk bilik, rasa winduu plk... Tertunggu2...bila kak long kite niee nk masuk bilik jqaf...ermmm..apakan dayaa...

Semasa dalam perarakan maulidur rasul, terlihat kelibat muka yang aku kenal...Rupa2 nya...Ustaz Arab aku di SMASZAL semasa form 1...Ustaz Saiful... Di situ lah aku mula2 mengenal, bahasa arab... Kena denda naik atas kerusi jika tidak ingat menghafaz sudah menjadi rutin di SMASZAL... Perasaan hormat sbg guruku walaupun beliau skrg sebagai rakan sekerjaa...Tp, Guruku, tetap guru...harus dihormati..  

Keesokannya.... aku masuk ke bilik j-QAF sekolah...duduk dekat meja yang disediakan disitu... Ramailah ustazah2 j-QAF kt situu... Terduduk kaku aku dimeja tersebut kerna jadual waktu masih belum dapat... Kt depan aku, jiran yg selalu gaduh2 dgn diri ini sufii ialah Ustazah Fiza...aka Kak Tehh... hehehee...Kak teh merupakan kawan sembang dkt bilik jqaf....maklumlah dekat dengan mejaa...mejadi teman menyembang bermacam2 isuu... Kawan dengan kak teh niee...macam-macam emoo ada... suka, diam, riang, enjoy, happy, masam, mengajuk..dll...boleh dikatakan lengkap pakej lah semuaa..huhuuuu.... 

Kemudian aku berkenalan dengan ustazah2 lain...Kak Ta, Kak Sakinah, Kak Arni, Kak Dahh... Semuanya baik2 blakooo... 

Tak dilupakan juga... Cg Farah..antara guru yang paling rapat antara guru2....Kak Farah...apa nak citer ekkk...byk citer kok dengan Cg Farah niee...huhu...Cg Aya...aku dah citer kt sufi sbgaimana tahun lepas...
Terima Kasih juga kepada guru2 SKTJ dalam memberi tunjuk ajar selama mana diri berada di sana..Moga Allah membalas jasa baik kalian....

Dah x ada idea nak kongsii Sufii...Biarlah yg lain menjadi rahsia antara kitaa...sufiii... da...daaaaaaa...

Kini...PERPISAHAN AKAN MENGAKHIRI segalanyaa.... Sufiii....aku mendapat tawaran posting kt lain...waaaaa...mcm nak nangiss raseenyaa...setelah ada pertemuaan, mengapa perpisahan ini harus ada... Aku telefon akak2 kt sekolah.... Bagaimana air mata ini tiba2 bergugurann...entah mengapaaa harus ia gugurr... KUPASRAH ATAS SEGALANYA....

PERTEMUAN TANPA DIDUGA....
PERPISAHAN TANPA DIJANGKA....
SEMOGA PERTEMUAN DAN PERPISAHAN..
TETAP MENGERAT UKHUWAH ANTARA KITA...
  
"UKHUWAH FILLAH"



Thursday, July 25, 2013

NuZuL QuRaN


Hari ini 17 Ramadhan 1434 H bermakna hari ini kita akan menyambut satu lagi peristiwa besar dalam Islam yang mana peristiwa itu berlaku pada bulan Ramadhan. Peristiwa yang dimaksudkan ialah peristiwa nuzul al-Quran yakni Peristiwa di mana ayat al-Quran pertama diturunkan kepada nabi Muhammad S.A.W. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadhan, tahun ke 41 daripada keputeraan Nabi Muhammad SAW dan ketika itu baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. 

Firman Allah S.W.T 
“ Bulan Ramadan, yang di dalamnya diturunkan al-Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan (antara yang benar dan salah). Oleh itu, barangsiapa di antara kamu hadir di bulan itu, maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu... ” Surah al-Baqarah ayat 185. 

Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi Muhammad SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran. 
‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. 

Firman Allah: 
Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). 
(Al-An’am:38) 
Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan. 

Dalam sejarah kehidupan Nabi Muhammad SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya: 

”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” 
(Al-‘Alaq:1-5) 

Peristiwa ini perlu diingat oleh setiap muslim kerana ianya peristiwa besar dan penting kepada muslim dengan diturunkan al-Quran telah menjadi petunjuk dalam kehidupan kita yang lebih sempurana. Wallahua'lam.. 
Hari ini 15 Ramadhan 1432H ini bermakna 2 hari lagi kita akan menyambut satu lagi peristiwa besar dalam Islam yang mana peristiwa itu berlaku pada bulan Ramadhan. Peristiwa yang dimaksudkan ialah peristiwa nuzul al-Quran yakni Peristiwa di mana ayat al-Quran pertama diturunkan kepada nabi Muhammad S.A.W. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadhan, tahun ke 41 daripada keputeraan Nabi Muhammad SAW dan ketika itu baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. 

Firman Allah S.W.T 
“ Bulan Ramadan, yang di dalamnya diturunkan al-Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan (antara yang benar dan salah). Oleh itu, barangsiapa di antara kamu hadir di bulan itu, maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu... ” Surah al-Baqarah ayat 185. 

Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi Muhammad SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran. 
‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. 

Firman Allah: 
Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). 
(Al-An’am:38) 
Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan. 

Dalam sejarah kehidupan Nabi Muhammad SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya: 

”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” 
(Al-‘Alaq:1-5) 

Peristiwa ini perlu diingat oleh setiap muslim kerana ianya peristiwa besar dan penting kepada muslim dengan diturunkan al-Quran telah menjadi petunjuk dalam kehidupan kita yang lebih sempurana. Wallahua'lam.. 

CCccc...

Friday, July 12, 2013

SKTJ MOVIE


[ Dahsyatnya neraka Allah SWT ]



Di Neraka Allah, terdengar suara raungan dan teriakan yang sangat mengerikan, tidak pernah sampai ke pendengaran manusia suara-suara seperti itu. Penghuni neraka disiksa siang dan malam tanpa belas kasihan, para Malaikat yang bertugas menyiksa penghuni neraka tidak akan merasa belas kasihan sedikit pun kepada mereka. Mereka tidak akan diberi rehat, makan mahupun minum.

Ketahuilah, wahai sahabat-sahabatku yang dimuliakan sekalian. Malaikat penjaga neraka adalah Malik, hanya dengan melihat wajahnya sahaja, roh penghuni neraka akan tersiksa, walaupun belum jasad mereka. Allah tidak memberikan kebolehan Malik itu menunjukkan wajah gembira dan tersenyum. Dikatakan beliau tidak pernah senyum dan tidak akan melakukannya sampai bila-bila.

Tidak ada rahmat Allah di tempat itu. Sesiapa yang menjadi penghuninya adalah manusia yang paling celaka. Tempat yang menanti bagi mereka yang memusnahkan hidup mereka dengan noda dan dosa. Semoga Allah menyelamatkan kita semua daripadanya.

Mari sama-sama kita menghayati ayat-ayat berikut:

"Dan bagi orang-orang yang kufur ingkar terhadap Tuhan mereka, disediakan azab neraka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali"

"Apabila mereka dicampakkan ke dalamnya, mereka mendengar suara jeritannya meraung-raung, sedang ia menggelegak"

"Hampir-hampir ia pecah berkecai-kecai kerana marahnya. Tiap-tiap kali dicampakkan ke dalamnya sekumpulan besar (dari orang kafir), bertanyalah penjaga-penjaga neraka itu kepada mereka: "Tidakkah kamu pernah didatangi seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran?"

Mereka menjawab: "Ada! Sebenarnya telah datang kepada kami seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran, lalu kami dustakan serta kami katakan (kepadanya): Allah tidak menurunkan sesuatupun, kamu (wahai orang yang mendakwa menjadi Rasul) hanyalah berada dalam kesesatan yang besar!"

Dan mereka berkata: "Kalaulah kami dahulu mendengar dan memahami (sebagai orang yang mencari kebenaran), tentulah kami tidak termasuk dalam kalangan ahli neraka"

"Akhirnya mereka mengakui dosa-dosa mereka (sebagai orang-orang yang kufur ingkar), maka tetaplah jauhnya rahmat Allah dari ahli neraka"

[ al-Qur'an, al-Mulk: 67/6 - 12 ]

Saturday, July 6, 2013

Rindu Cinta Ramadhan


Menanti kehadiran Ramadhan umpama rindu dan kasih yang tak berkesudahan. Ia datang bertamu kembali pada mereka yang merinduinya.. menanti untuk menyayanginya.. menanti untuk berkasih dengannya.. menanti untuk bermadu mesra dengannya..
Kerna Cinta Ramadhan itu, tidak pernah luntur dan padam.. setianya kepada sekalian ummat, membuatkan hati ini terlalu rindu untuk kembali bertemu dengannya.. biar berkali jiwa Ramadhan di sakiti dan dicalari, ia tetap hadir dengan senyuman yang bersinar..
rindu-ramadhan
Cinta Ramadhan itu terlalu mendalam.. padamu Ramadhan, ada sesuatu cinta yang tersirat yang sukar untuk di ungkapkan.. Sampaikan salamku pada Ramadhan agar ia sentiasa mengingati, bahawa aku sentiasa menanti kehadirannya..

Oh Ramadhan,
kedatanganmu semakin hampir,
rinduku padamu semakin menggila,
kau bawa seribu kemuliaan tak terhitung jumlahnya,
kau tutupi seribu kemusnahan bencana dunia.

Kini ku sedar, aku harus bersiap siaga,
supaya kemuliaan yang kau bawa, tidak berlalu begitu saja,
Al quran, akan sentiasa ku bawa,
mathurat, tahajud, menjadi bekalan ku yang utama

Bebarapa hari lagi tersisa
bekalan akan ku persiapkan secukupnya
kerana Aku ingin menemuimu penuh cinta
cinta pada yang Maha Esa.