Saturday, October 20, 2012

Naskah Cinta 2012


Beszzz Film niee...Jom layan Sufiii...zashhh...
credit to: Persatuan Guru Pelatih Islam IPG Kampus Perlis..


" لو كان حبك صادقا لأطعتـه ... إن المحب لمن يحب مطيـع"

Jika Cintamu Benar nescaya Kamu Akan Mentaaati Kekasihmu,
Kerana Sesungguhnya Pencinta Itu Sangat Taat Kepada Yg Dikasihi.


Filem dakwah yang dinantikan! Sebuah hasil karya Geng Penangkap Cahaya dengan terbitan Persatuan Guru Pelatih Islam IPG Kampus Perlis. NCR dihasilkan bagi menzahirkan manifestasi cinta kepada junjungan besar, Nabi Muhammad s.a.w. Kekurangan dari segi teknikal perfileman ada berlaku kerana 1st film lebih pada experimental, tetapi fokus, nilai, dan ambil mesej di dalam filem ini ia lebih menjadi keutamaan kami - kecintaan kepada Rasulullah s.a.w.

Sufii...ingt lh nasihat lukman alhakim kpd anaknya ---->“Ingatlah anakku BILA ENGKAU TELAH BERTEMU KEBENARAN, JANGANLAH ENGKAU BERUBAH HATI HANYA KERANA MENDENGAR KATA-KATA ORANG LAIN. YAKINLAH PADA DIRI SENDIRI DAN GANTUNGKAN HARAPANMU KEPADA ALLAH.” ( jgn pernh putus asa pabila kita tlh bertemu dgn kebenaran, tak kisah lh org nak ckp pa2 pn sbp sdh menjadi adat manusia mmg suka berkata, janjinya kita berubah krn Allah bkn nya krn manusia...^_^

Friday, October 19, 2012

Dilema Antara 2 Kasih...


Seorang lelaki berjalan mundar-mandir di lorong hospital,gelisah akan keadaan isterinya yang akan melahirkan anak sulung mereka.Setelah beberapa jam ia menunggu, tak jua terdengar tangisan bayi. Tiba-tiba,seorang doktor berjalan tergopoh-gopoh keluar dari ruang persalinan menuju kearahnya.

"Bagaimana keadaannya doktor?" tanyanya penuh harap.

"Maaf encik, kami sudah berusaha, keadaannya amat krit

ikal. Si ibu sudah tak sedarkan diri! " jawab doktor itu.

"Jadi bagaimana doktor ..?"

"Kami tak mungkin dan berupaya untuk menyelamatkan keduanya, tapi masih ada harapan. Kami hanya punya satu pilihan, menyelamatkan si ibu, atau menyelamatkan si bayi!"

Lelaki tersebut kebingungan, dan tak dapat berkata-kata. ......

"Maaf encik, setiap saat amat berharga, tolong cepat untuk membuat pilihan!" desak doktor itu.

Akhirnya, dengan berat hati lelaki itupun berkata dengan nada sayu, "Doktor, saya sangat bingung .. Saya serahkan sepenuhnya kepada doktor.Tolong lakukan yang terbaik!" pintanya.

Doktor pun bergegas kembali ke ruang persalinan. Nampaknya dia sudah berpengalaman menangani masalah darurat atau kritikal seperti ini. Dan dia tahu apa yang harus dilakukannya.

------------ --------- --------- --------- --------- -

Ini adalah salah satu contoh, bagaimana keyakinan beragama boleh mempengaruhi keputusan disaat genting.

Bagi seorang doktor beragama kristian/katolik, ia akan berusaha menyelamatkan si anak, dan mengorbankan si ibu.

Bagi doktor muslim, ia akan berusaha menyelamatkan si ibu, dan mengorbankan si bayi.

Memang benar, dua-duanya adalah pilihan yang sukar, tapi itulah jalan terakhir dan muktamat.

Mengapa ia boleh berlaku seperti demikian?

Dalam ajaran kristian, setiap manusia yang lahir sudah membawa dosa, doktrin ini dikenal dengan "dosa waris" atau "dosa asal".Manusia yang lahir sudah menanggung dosa Nabi Adam dan Hawa. Untuk menebusnya ia harus mengikuti seorang penyelamat yakni penebus dosa (Ketua Paderi atau Pope).

Doktor Kristian itu akan berjuang sedaya upaya untuk menyelamatkan si anak,agar dia dapat lahir dengan sihat dan selamat walaupun sebaliknya terpaksa mengorbankan si ibu . Doktor berharap, setelah anak itu lahir ia akan mendapat kesempatan untuk dibaptiskan, untuk tujuan menebus dosanya. Jika si anak meninggal sebelum dibaptiskan, anak itu akan masuk neraka. Sebab, dosanya belum sempat ditebus.

Dalam ajaran Islam, setiap manusia lahir dalam keadaan fitrah/suci. Doktor muslim akan berjuang menyelamatkan si ibu, kerana dia tidak bimbang yang bayi akan masuk neraka. Dengan terselamatkannya si ibu, insyaAllah setelah sihat kembali akan dikurniai kekuatan untuk mengandung lagi dan mudah-mudahan mendapatkan ganti yang lebih baik, yang lebih soleh.

Sedangkan anak yang tak sempat terselamatkan, biarlah ia kembali kepada Allah dalam keadaan suci. Mungkin lebih baik sekiranya bayi itu tidak dilahirkan di dunia yang penuh tipu daya ini agar hidupnya kelak tidak menjadi orang yang tersesat.

Demikianlah, dalam keadaan serba salah lelaki itu tak sempat untuk memastikan agama doktor tadi. Dan ia sudah berserah sepenuhnya kepada doktor itu.

Di dunia ini ada banyak agama dan kepercayaan. Pemahaman kita terhadap ajaran agama yang kita anut, akan menentukan jalan hidup kita. Itu sebabnya amat penting bagi kita orang Islam menentukan yang bakal menerima kelahiran anak kita adalah seorang doktor muslim.

Sejak bangun tidur, kita sudah dihadapkan kepada pilihan.

1. Meneruskan tidur, atau bangun solat subuh?

2. Untuk lunch dulu, atau solat zohor dahulu

3. Setelah habis kerja, adakah terus pulang ke rumah, atau singgah ke gerai kopi/disco dulu?

4. Ikut terlibat melakukan pecah amanah, atau dimusuhi rakan sekerja?

5. Menyegerakan berkahwin, atau menundanya dulu?

6. Hidup mulia di sisi Allah, atau mulia dalam pandangan manusia?

7. Dan banyak lagi.....


Kita akan sering dihadapkan pada pilihan-pilihan yang lebih sukar, dan melibatkan akibat atau natijah yang sangat ditakuti.

Kesimpulannya perbanyakkanlah muhasabah diri dan tambahkan ilmu dengan majlis-majlis ILMU. Mudah-mudahan selamat kita semua di dunia & di akhirat...

Amiin.

Thursday, October 18, 2012

Menanti Cinta Terpelihara : Sukarnya Kerana Keindahannya


"Betapa indah sebuah kesabaran
Tatkala tak kulihat wajahmu yang menawan
Jika suatu hari atau pada saat tertentu
Dunia dijual, betapa tinggi harganya..."
(Syair Arab)

Bersabarlah saat menanti kerana ia sebuah keindahan. Dan masa akan sentiasa berlalu. Bergerak pantas tanpa tuju. Allah yang menggerakkan waktu. Sampai suatu saat itu, segalanya akan berakhir dan pastinya akan berlalu.
Berakhir bererti tamatlah sebuah cerita. Buat mereka yang menjaga jiwa dan anggota, maka beruntunglah. Jua pada sekeping hati yang penuh percaya pada Allah Maha Pencipta, turut sama termasuk di dalam sebuah cerita. Bahawa cinta itu penuh kebaikan dan hasanah. Yang menuntut sepenuh kepercayaan jiwa dan raga.
" Di Tangan Engkaulah segala kebaikan." 
(Surah Ali Imran ayat 26)
Dan manusia itu akan sentiasa menanti. Saat yang seharusnya umum setiap manusia bernama hamba menunggu. Bertemu Rabbil Izzati. Bertemu wajah cinta nan suci. Betapa sukar detik-detik sebelumnya. Betapa jatuh dan bangun setiap hamba. Bernafas pada udara yang diciptakan Allah. Sungguh, ia anugerah terindah.
" Dan Dia memberi balasan kepada mereka dengan syurga dan pakaian sutera." 
(Surah Al Insaan ayat 12)
Dia kirimkan utusan. Di kiri dan kanan. Saat hamba terpandang suatu cahaya, maka beruntunglah ia. Dan andai sebaliknya, sungguh percayalah. Bahawa ia menuntut waktu yang lama untuk kembali membelek kusam-kusam hati. Dan berbezalah mereka yang menjaga hati demi menanti sebuah cinta yang sejati.
Namun, saat hati sedang menanti. Begitulah lumrah seorang hamba. Ingin dikurniai sebuah cinta. Ia mahu zahirnya halal. Ia mahu batinnya terindah. Titip-titip kesabaran jadi ubat. Kiri dan kanan sentiasa utusan menemani. Namun taqwa dan iman sahaja mampu memegang. Untuk sentiasa masuk ke catatan kanan.
" Mereka katakan, jangan biarkan pandangan mata
Dua mata yang bertatap tentukan berpandangan
Bertukar celak mata adalah hal yang binasa
Jika pandangan itu dengan menjaga perasaan...."
(Syair Manaqib al-Syafi'e)
Hati itu lembut. Hati itu menyerahnya mudah. Hati itu sudah tentu mudah menangis. Ramai hamba menangis. Kerana hatinya menanti sebuah cinta. Kerana kesedaran menanti cinta halal itu terbukti berduri ranjaunya. Kerana Allah jualah yang membolak balikkan hati. Kerana Allah jualah cinta itu berhak untuk menanti. Betapa cinta itu lumrah. Betapa solat itu imarah. Untuk menghilangkan kelaparan.
" Kesukaanku dijadikan di dalam solat dan aku dijadikan meyukai wanita serta wangian. Orang yang lapar kenyang dan orang yang dahaga dapat minum sepuasnya. Sedangkan aku tidak kenyang kerna mencintai solat dan wanita." 
(Hadis Riwayat Sahih Muslim)
Menangis sekeping hati. Saat hamba bertemu rasa sebenarnya. Pada titik sebuah cinta. Pengharapan dan keyakinan yang menebal. Bangitkan cahaya yang kusam kan menjadi terang benderang. Lalu berpautlah pada ayat-ayat cinta dari Tuhan Penguasa Cinta. Penuh isi. Penuh hikmah. Cukup benar, demi menanti sebuah cinta.
Demi cinta yang terpelihara, berjuang untuknya tak harus berkurang. Malah bertambahnya ia pada kualiti berbanding kuantiti. Menyesakkan jiwa bisa bangkit sebuah rasa yang takkan termampu dihurai dek kata. Mereka menegur, dia tersenyum. Mereka membantah, dia berhikmah. Mereka berbuat zalim dia kan berdakwah. Membaiki zarah-zarah kecil pada pasak hati. DEMI dan HANYA cinta sejati.
"Seorangpun tidak mengetahui apa yang disembunyikan untuk mereka, iaitu (bermacam-macam nikmat) yang menyedapkan pandangan mata sebagai balasan terhadap apa yang mereka kerjakan." 
(Surah As-Sajadah ayat 17)
Ayat-ayat cinta, takkan pernah tertelan dek zaman. Bahawa janji Allah adalah sentiasa pasti. Cinta tidak harus memiliki. Cinta itu harus dibiar seri. Ditambah baja-baja hijrah dan istiqamah. Lalu nawaitu meluruskan iktikad. Dan terus, bertemulah titik cinta sejati. Yang sebelumnya dipenuhi rahsia.
Cinta sejati sentiasa rasa dekat di hati. Kerna istikharah berbisik sepi. Untuk mereka yang sangsi. Telah bertasbih doa, bahawa harusnya Allah kurniakan pengakhiran bahagia. Yang terbaik buat diri. Yang terbaik untuk kini dan selamanya. Itu isi yang terpateri. Pada sebuah janji yang berzikir sambil menanti.
"Apakah Allah menciptakan itu tidak mengetahui (yang kamu zahirkan dan rahsiakan), Dia Maha Halus lagi Maha Mengetahui." 
(Surah Al-Mulk ayat 14)
Takkan menghilang rasa di hati. Andai sentiasa hati mahu nama bersemi. Pada sujud sebuah cinta. Pada tetap sebuah usaha. Pada yakin sebuah janji. Dan pada sabar pada goda di sisi. Berjuang hamba memperbaiki diri, bukan untuk si dia yang dinanti. Berjuang hamba pada Ilahi, demi jadi hamba sejati. Betapa indah tiada terperi, sebuah cinta yang menanti.
"Allah berfirman, ' Aku telah menyediakan bagi hamba-hamba-Ku yang salih apa-apa yang belum dilihat mata dan didengar telinga serta tidak terlintas di dalam hati manusia, tidak seperti yang kalian pernah lihat." 
(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Tarmidzi)
Sungguh, cinta ini Demi dan Hanya untukNya!

Monday, October 15, 2012

Kisah Islamik: Jauhi Sifat Bersangka Buruk..

SUATU hari di tepi sungai Dajlah, Hassan al-Basri melihat seorang pemuda duduk berdua-duaan dengan seorang wanita. Di sisi mereka terletak sebotol arak. Lalu Hassan al-Basri berbisik, alangkah jahatnya orang itu dan alangkah baiknya kalau dia seperti aku. 

Tiba-tiba Hassan al-Basri melihat sebuah perahu di tepi sungai yang sedang tenggelam. Lelaki yang duduk di tepi sungai tadi segera terjun untuk menolong penumpang perahu yang hampir lemas. Enam dari tujuh penumpang itu berjaya diselamatkannya. 

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepada-Nya. (Oleh itu, patuhilah larangan itu) dan bertakwalah kamu kepada Allah Sesungguhnya Allah penerima taubat lagi Maha Mengasihani.” (Surah al-Hujurat, ayat 12) 

Kemudian dia berpaling ke arah Hassan al-Basri dan berkata: “Jika tuan memang lebih mulia daripada saya, maka dengan nama Allah, selamatkanlah seorang lagi yang belum sempat saya tolong. Tuan diminta untuk menyelamatkan seorang saja sedangkan saya telah menyelamatkan enam orang.”

Bagaimanapun Hassan al-Basri gagal menyelamatkan yang seorang lagi itu. Maka lelaki itu berkata padanya: “Tuan, sebenarnya wanita yang duduk di samping saya ini adalah ibu saya, sedangkan botol itu hanya berisi air biasa bukan arak. Ini hanya untuk menguji tuan.” 

Hassan al-Basri terpegun lalu berkata: “Kalau begitu, sebagaimana engkau telah menyelamatkan enam orang tadi daripada bahaya tenggelam ke dalam sungai, maka selamatkanlah saya daripada tenggelam dalam kebanggaan dan kesombongan. Orang itu menjawab: Mudah-mudahan Allah memperkenankan permohonan tuan.” 

Sejak itu, Hassan al-Basri selalu merendahkan diri bahkan ia menganggap dirinya sebagai makhluk yang tidak lebih daripada orang lain. 

Mencari kesalahan orang lain hadir apabila wujudnya sangkaan buruk dalam hati sehingga terbukalah kesalahan, keaiban atau kelemahan seseorang yang menyebabkan si pelaku itu berasa puas. 

Ia adalah penyakit hati yang akan menyerang sesiapa saja. Hanya keimanan dan ketakwaan yang kukuh mampu mengatasi rasa buruk sangka dan mencari kesalahan orang. 

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan orang yang mengganggu serta menyakiti lelaki yang beriman dan perempuan yang beriman dengan perkataan atau perbuatan tidak tepat dengan sesuatu kesalahan dilakukannya maka sesungguhnya mereka telah memikul kesalahan menuduh secara dusta dan berbuat dosa yang amat nyata.” (Surah al-Ahzab, ayat 58) 

Hubungan baik antara satu dengan lain khususnya antara sesama Muslim harus dijalin dengan sebaik-baiknya kerana Allah SWT telah menggariskan bahawa setiap Mukmin itu bersaudara seperti dalam firman-Nya yang bermaksud: “Sesungguhnya orang Mukmin adalah bersaudara kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat.” (Surah al-Hujuraat, ayat 10) 

Hidup kita tidak lekang daripada disangka buruk dan bersangka buruk. Kunci menanganinya adalah beristighfar dan taubat. Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Setiap anak Adam itu ada kesilapan (dosa) dan orang berdosa yang terbaik adalah mereka yang bertaubat.” (Hadis riwayat at-Tarmizi) 

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepada-Nya. (Oleh itu, patuhilah larangan itu) dan bertakwalah kamu kepada Allah Sesungguhnya Allah penerima taubat lagi Maha Mengasihani.” (Surah al-Hujurat, ayat 12) 

Menuduh orang melakukan perbuatan mungkar tanpa mempunyai bukti kukuh kini menjadi lumrah. Malah orang yang bersangka buruk itulah yang diagungkan sebagai orang hebat dan bijak. Inilah petanda akhir zaman apabila manusia tidak berbangga dengan kerja amal sebaliknya gah dengan dosa dilakukan. 

Sangkaan buruk boleh terjadi dengan beberapa sebab antaranya godaan dan tipu helah syaitan yang merangsang manusia bergaduh, mengumpat, melempar tohmahan, membuat pakatan jahat dan berpecah belah. 

Jiwa yang lemah juga akan mendorong seseorang mudah terikut dengan pemikiran negatif dan buruk terhadap orang lain. Perasaan sombong dan bongkak turut mewujudkan sifat negatif ini yang menyebabkan seseorang itu merasakan dirinya lebih baik daripada orang lain. 

Jika perkara ini tidak ditegah, ia akan merugikan semua pihak dan mengundang bala Allah SWT yang datang tanpa mengira darjat, iman dan bangsa. 

Apabila kita memiliki sifat buruk sangka, ada sejumlah kerugian yang akan kita peroleh baik dalam kehidupan di dunia mahupun akhirat. Ia adalah wadah kehancuran, mengundang segala macam keruntuhan. 

Islam mendidik umatnya supaya mendahulukan bersangka baik berbanding cepat bersangka buruk. Hukuman tidak harus dijatuhkan hanya berdasarkan kepada sangkaan. 

Ulama dan cendekiawan Islam menyarankan beberapa cara dan penawar bagi menyembuh penyakit ini antaranya bermuhasabah diri setiap hari serta jadikanlah diri kita seorang yang dapat menguasai was-was, bukan yang dikuasai was-was. 

Saidina Umar bin al-Khattab berkata: “Jangan kamu membuat sangkaan terhadap satu kalimah yang keluar daripada seorang saudara Mukminmu kecuali kebaikan selagi kamu masih ada cara untuk meletakkannya di tempat yang baik.”

p/s: Oleh Syed Abi Ghufran Syed Ahmad al-Idrus 

Thursday, October 11, 2012

Warna Warni Khatam Al-Quran "179 Khatam Al-Quran"

Matching Pulak dah lagiee....




Guru2 SKTJ

Kak Farah Dgn "yes"




Bunga2 Telur Wat Hiasan...





Kompang Iringi Pengantin...huahuaaa..*O*
p/s: boleh upah utk majlis nantii...hikhik


Perbincangan Meja Bulat



GB & GPK2




Guru2 Kompang






GB Berucap

Ustaz Saiful..



Barisan Dif2 Kehormat















ِAiskrim...Aiskrimmmmm.......