Monday, November 5, 2012

~HaRi AnuGeRaH KeCeMeRLaNGaN SKTJ 2012~


 Bacaan Al-Quran oleh Qariah SKTJ


Dif2
 Afina and the Geng

 AJK Pendaftaran

 Guru Besar Bagi Ucapan

 AJK Hadiah & Cenderamata
 2IK Hazwanie-Eliza-Syahmi














Ucapan Perasmian PPDKT




 Persembahan PRA

Ailanii!!!


Si comel yg semangat betoll!!!

Eriska pon buat persembahan...










 Kak Tehh...Berat tak tuuuu!!!





Si cilik photographer!!!
 Persembahan Nasyid
 Nak Shoot ape plk nieee!!!








 Persembahan Ulikkk mayang...





 Anak2 Cg Roslii





 Cenderahati drp Tahun 6 kpd GB

 Kak Ayyyaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!



 Ariskaa can do it PEACEE!!!



Mcm Berat jer Kotak tuu...Kak Naaa!!!





 Asnan and his mother!!
Kak Teh dgn Kak Chikk

Guru2 SKTJ

Selamat Tinggal Kak Ayaa!!! T_T

Peaceee...!!!.. Ini pertama kali rasenya kak aya angkat Peace dan tengok kamera,..biasanya dia akan malu-malu utk bergambar sufiii...


Menjalankan tugas2 terakhir sebagai MC di SKTJ...Suaramua akan dengar dikediangan telinga warga SKTJ...

Sufii...walaupun seketika baru ku mengenalinya, tp keramahan dan kemesraan yang dia amat disenangi oleh orang yang disekeliling...Walaupun aku sering mengusiknya, namun dia tak pernah marah @ kecewa tindakanku ituu...Begitu malunya dia apabila lensa kamera ini utk menangkap gelagat kecilnya ituu...Ku bergitu asyik untuk mengusiknyaa....Tp kini, akan meneruskan Perjuangan Beliau sebagai Guru di tempat yg baruu...Sufii,,ku mengharap beliau sentiasa HEPPIII HEPPIII SELALUU... ^_^

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan... ianya tidak boleh dipisahkan
seperti Adam dan Hawa, langit dan bumi serta pungguk dan bulan...
kadang-kadang pertemuan yang tidak kita inginkan ternyata memberi
bekas yang menyenangkan hati... kadang-kadang pula pertemuan yang
kita harapkan ternyata menambah luka... tiada apa yang kekal
di dunia ini...

Pertemuan itu sesuatu yang sangat indah tetapi malangnya ia akan
berakhir dengan sesuatu yang sangat perit iaitu pepisahan... tetapi
ketahuilah bahawa kemanisan berukhuwah lahir daripada kepahitan
perpisahan... tanpa kepahitan perpisahan itu maka tidak wujudlah
kemanisan berukhuwah... kesedihan yang kita rasakan boleh
menaikkan darjat kita di sisi-Nya...

Jika kita tidak bersedia untuk menghadapi perpisahan dengan seseorang,
jangan pernah langsung terpikir untuk berkenalan dengannya...
Pertemuan merupakan permulaan sebuah perjalanan dan perjalanan
itu akan membawa kita kepada penghujungnya iaitu perpisahan...
andai pertemuan punca perpisahan, biarlah kematian menemukan
semula... andai kematian punca perpisahan, biarlah hidup penuh
bermakna dan memberi erti yang nyata...


Mengapa mesti ada perpisahan jika pertemuan itu mendamaikan...
mengapa mesti ada perselisihan jika kemesraan itu membahagiakan...
mengapa mesti ada kesedihan jika rindu itu menggembirakan...
pertemuan denganmu amat membahagiakanku... pertemuan itu amat
menggembirakanku... kehadiranmu memberi seribu satu makna...
namun sayang seribu kali sayang... kini jiwaku mati...
mimpiku ternoktah disini... di kala engaku tiada disisi... air mata
gugur membasahi pipi... kerana sayang itu tetap bersemi... menemani hari
menyulam hati... walau tidak lagi kau sirami... pertemuan hakiki di syurga
firdausi.... hidup bahagia kekal abadi...

Perpisahan itu berbeza daripada perceraian... perpisahan meninggalkan
kepercayaan tetapi perceraian meninggalkan kehancuran... Kepercayaan
akan sentiasa hidup di hati yang sentiasa berakhir dengan senyuman jika
fikiran sentiasa mengingatkan... hidup ini terlalu singkat jika diisi dengan 
tangisan perpisahan... jadikanlah perpisahan itu sebagai satu penguat
semangat untuk terus hidup di bumi bertuah agar perpisahan itu menjadi
lebih bermakna...

Ingatlah bahawa sesungguhnya jasad kita sahaja berpisah tetapi hati kita 
tetap bersatu dan tersimpul erat dengan tali ukhuwah kerana-Nya... 
relakanlah perpisahan ini agar hati ini tenang meninggalkanmu...
andai ini pertemuan kita yang terakhir, iringilah pemergianku dengan 
kalungan doamu... semoga kita bertemu selamanya di syurga firdausi...

Friday, November 2, 2012

Renungan : Rasulullah Menangis di Padang Mahsyar..



Daripada Abbas r.a , Rasulullah SAW bersabda ; Orang pertama yang akan dibangkitkan dari kubur pada hari kiamat ialah Muhammad SAW. Jibril a.s akan datang kepadanya dengan membawa seekor Buraq . Israfil datang membawa bendera dan mahkota dan Izrail datang membawa pakaian-pakaian syurga.

Israfil bersuara ; "Wahai roh yang baik ! Kembalilah ke tubuh yang baik . Maka kubur terbelah dua. Pada seruan yang kedua pula, kubur terbongkar . Pada seruan ketiga , ketika Rasulullah SAW berdiri , baginda telah membuang tanah pada kepala dan janggut baginda SAW. Baginda SAW melihat kanan dan kiri dan baginda melihat tiada satu pun bangunan . Baginda SAW menangis sehingga mengalir air mata ke pipinya."

Baginda SAW bersabda ; "Wahai Jibril a.s ! Gembirakanlah aku!"
Jibril a.s berkata : "Apa yang kamu lihat di hadapanmu?"
Baginda S.A.W bersabda : "Bukan seperti itu pertanyaanku"
Jibril a.s berkata ; "Apakah kamu tidak melihat bendera kepujian yang terpacak di atasmu?"
Baginda S.A.W bersabda : "Bukan seperti itu pertanyaanku" 
Baginda S.A.W bersabda : "Aku bertanya kepadamu akan UMATKU , dimanakah perjanjian mereka?"
Baginda S.A.W bersabda : "Nescaya akan kuatlah pertolongan pada hari ini, Aku akan mensyafaatkan umatku"

Jibril a.s menyeru : "Wahai sekalian makhluk, datanglah kamu semua ke tempat perhimpunan yang telah disediakan oleh Allah SWT"

Umat-umat datang dalam keadaan satu-satu kumpulan..
Setiap kali Nabi Muhammad SAW berjumpa satu umat,
baginda SAW akan bertanya ; "Di manakah umatku?"
Jibril a.s berkata ; "Wahai Muhammad! umatmu adalah umat yang terakhir."



Apabila Nabi Isa a.s datang , Jibril a.s menyeru ; "Tempatmu!"
Maka Nabi Isa a.s dan Jibril a.s menangis.

Nabi Muhammad S.A.W bersabda ; "Mengapa kamu berdua menangis?"
Jibril a.s berkata ; "Bagaiman keadaan umatmu ya Muhammad?"
Baginda S.A.W bersabda ; "Dimana umatku?"
Jibril a.s berkata ; "Mereka telah datang, mereka berjalan dengan lambat dan perlahan"

Apabila mendengar sedemikian, Baginda S.A.W menangis lalu bertanya ;
"Wahai Jibril ! Bagaimana keadaan umatku yang berbuat dosa?"

Jibril a.s berkata ; "Lihatlah mereka wahai Muhammad!"

Nabi Muhammad S.A.W bertemu dengan umatnya yang berdosa, mereka menangis serta memikul beban di belakang mereka sambil merayu ; "Wahai Muhammad!" 
Baginda S.A.W bersabda ; "Wahai umatku!" 

Mereka berkumpul di sisi Baginda S.AW dan umat-umatnya menangis.

Allah Taala berfirman di dalam keadaan Dia maha mengetahui segala yang tersembunyi ; "Di mana umat Muhammad S.A.W?"
Jibril a.s berkata ; "Mereka adalah sebaik-baik umat"
Allah Taala berfirman ; "Wahai Jibril! Katakanlah pada Muhammad S.A.W bahawa umatnya akan datang untuk ditayangkan di hadapanKu"

Jibril a.s kembali dalam keadaan menangis lalu berkata kepada Muhammad S.A.W ;
"Wahai Muhammad , umatmu telah datang untuk ditayangkan kepada Allah SWT"

Baginda S.A.W berpaling kepada umatnya lalu bersabda ;
"Sesungguhnya kamu telah dipanggil untuk dihadapkan di hadapan Allah SWT"

Allah Taala berfirman ; "Hari ini , Kami akan membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan, Hari ini aku akan memuliakan sesiapa yang mentaatiKu dan aku akan mengazab sesiapa yang derhaka kepadaKu" 

Suara tangisan dan jeritan semakin kuat . Nabi Muhammad S.A.W menyeru ;
"Tuhanku, Penguasaku, Penghuluku...! Aku tidak meminta untuk diriku , Sesungguhnya aku meminta untuk umatku dariMu!"

Ketika itu juga neraka Jahanam berseru ; "Siapakah yang memberi syafaat kepada umatnya?"
Neraka pula menyeru ; "Wahai Tuhanku, Penguasaku, Penghuluku..! Selamatkanlah Muhammad dan umatnya dari seksaanku ! Selamatkanlah mereka dari kepanasanku, bara apiku , penyeksaanku dan azabku ! Sesungguhnya mereka adalah umat yang lemah . Mereka tidak akan sabar dengan penyeksaan."

Baginda S.A.W bertambah sedih. Air matanya telah hilang dan kering dari pipnya. Sekali, Baginda S.AW. sujud di hadapan Arsy Allah S.W.T dan sekali lagi , Baginda S.A.W rukuk untuk memberi syafaat kepada umatnya.

Para Nabi melihat keluh kesah dan tangisannya . Mereka berkata ;
"Maha Suci Allah ! Hamba yang paling dimuliakan Allah Taala ini begitu mengambil berat akan hal keadaan umatnya"

Fatimah r.a berkata ; "Dimanakah aku hendak mendapatkanmu di hari kiamat kelak , wahai bapaku?" 
Baginda S.A.W bersabda ; "Kamu akan menjumpaiku di sebuah telaga ketika aku sedang memberi minuman kepada umatku"

Tatkala umat Nabi Muhammad S.A.W sedang mencari mimbar Nabi Muhammad untuk mendapatkan syafaat pada hari Kiamat. Mariam , Asiah , Khadijah , dan Fatimah Az-Zahra sedang duduk . Ketika Mariam melihat umat Nabi Muhammad S.A.W dia berkata ;
"Ini umat Nabi Muhammad S.A.W . Mereka telah tersesat dari nabi mereka."

Suara Mariam telah didengari oleh Muhammad S.A.W. Nabi Adam a.s berkata kepada Nabi Muhammad S.A.W ;
"Ini umatmu wahai Muhammad, mereka berkeliling mencarimu kerana ingin meminta syafaat kepada Allah SWT"

Nabi Muhammad S.A.W menyeru dari atas mimbar lalu bersabda ;
"Marilah kepadaku wahai umatku! Wahai sesiapa yang beriman dan tidak melihatku. Aku tidak pernah lari dari kamu melainkan aku sentiasa memohon kepada Allah Taala untukmu!"

Umat Nabi Muhammad S.A.W berkumpul di sisi baginda.

Ketika di atas sirat , Baginda S.A.W bersabda kepada malaikat Malik ;
"Wahai Malik ! Dengan kebenaran Allah Taala ke atasmu , palingkanlah wajahmu dari umatku sehingga mereka melepasimu. Jika tidak hati mereka akan merasa gementar apabila melihatmu"

Nabi Muhammad S.A.W berhenti di atas Sirat . Setiap kali baginda melihat seorang umatnya bergayut di atas Sirat, baginda SAW akan menarik tangannya untuk kembali berdiri di atas Sirat.

Nabi Muhammad S.A.W berkata ; "Tuhan ! Selamatkanlah mereka ! Tuhan ! Selamatkanlah mereka !"



**********************


#Apakah kita mengingati dan menyayangi Rasulullah SAW sebagaimana baginda menyayangi kita sebagai umatnya?

Thursday, November 1, 2012

Kelebihan Membaca Surah Kahfi pada hari Jumaat




Terdapat beberapa kelebihan khusus yang telah disebut oleh Rasulullah sallAllahu 'alaihi wasallam bagi sesiapa yang membaca surah al-Kahfi.

Antara kelebihannya ialah pengampunan dosa di antara Jumaat dengan Jumaat jika dibaca pada hari Jumaat dan dijauhi fitnah al-Masih ad-Dajjal jika menghafal 10 ayat terawalnya. Berikut adalah beberapa hadith mengenai kebaikan surah al-Kahfi:
Imam Ahmad berkata :"Daripada Abi Darda' daripada Nabi SAW, baginda telah bersabda: "Sesiapa menghafaz sepuluh ayat daripadanya permulaan surah al-Kahfi,maka terhindar daripada Al-Dajjal."
[ Riwayat Muslim,Abu Daud,Al-Nasa'i,Al-Tarmizi daripada Qatadah ]
Imam Ahmad berkata : "Daripada Abi Al-Darda'i, Nabi SAW bersabda : "Sesiapa membaca sepuluh ayat akhir daripada surah Al-Kahfi,maka terhindar daripada fitnah Al-Dajjal."
[ Hadis Riwayat Muslim dan Al-Nasa'i ]
Daripada Muaz Ibnu Anas Al Juhani daripada bapanya daripada Nabi SAW bersabda : "Sesiapa membaca awal dan surah Al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga kakinya dan sesiapa yg membaca keseluruhannya,maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi."
[ Hadis Riwayat Ahmad ]
Daripada Umar berkata: Nabi SAW telah bersabda : "Sesiapa yg membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Utknya cahaya dihari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat."
[ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]
Daripada Abi Said Al Khudri berkata:"Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka dihamparkan utknya daripada cahaya antara dia dan bait Al Atiqa."
[ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]
Daripada Mandhur Ibnu Zaid, Khalid Al-Juhani dari Ibnu Al-Hussien dari bapanya daripada Ali Marfu'an:"Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat,maka dia dihindari daripada fitnah selama lapan hari,dan jika Al- Dajjal muncul,maka terhindar dia daripadanya."
[ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]
Daripada syukbah daripada Abi Hashim dgn isnadnya.sesungguhnya Nabi SAW bersabda : "Sesiapa membaca surah Al-Kahfi sebagaimana ia diturunkan,jadilah cahaya utknya dihari kiamat."
[ Hadis Riwayat Ibnu Katsir

credit to I Luv Islam